Ustaz Jihad 230422

Kuliah Subuh

• Para solihin merasa diri mereka tidak cukup untuk mensyukuri akan nikmat yang Allah SWT yang dianugerahkan.

• Walaupun mereka ini kuat amalan, dirinya merasa serba tidak cukup akan ilmu, ibadah dan kesyukuran. Kerana rasa betapa besar akan apa yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya.

• Seorang sahabat Saidina Talhah, mempunyai kebun yang cukup subur berhampiran dengan Masjidil Nabi di Madinah. Satu hari dia terganggu ketika bersolat hingga terlupa akan rakaat solatnya. Rasa bersalah akan kejadian tersebut dia terus menginfakkan kebunnya.

• Orang yang berpuasa mendapat ganjaran yang besar. Setiap ketika masa berlalu ketika berpuasa kerana Allah SWT diberi pahala yang berganda-ganda. Sebaliknya ada juga Ulama' yang berpendapat jika sesaorang melakukan maksiat, maka akan digandakan dosanya.

• Orang yang beriman hendaklah mencontohi para solihin didalam melakukan ibadat didalam bulan Ramadhan. Terutama sepuluh malam yang terakhir.

• Janganlah dibiarkan peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk memperbanyakkan amalan solih. Tidak wajar masa itu dibuang dengan meramaikan pasar raya.

• Ramai orang yang beriman dibulan Ramadhan terutama sepuluh malam terakhir memperbanyakkan amal solih. Serta mencari peluang bertemu dengan malam lailatulqadar

• Mereka juga sentiasa bersyukur akan nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Dengan merasa betapa besar nikmat yang dikurniakan NYA. Orang yang tidak bersyukur adalah orang yang sombong.

• Didalam bulan Ramadhan hendaklah diperbanyakkan membaca Al-Quran. Rasulullah SAW didalam bulan Ramadhan memenuhi bulan tersebut dengan banyak membaca Al-Quran bersama sama dengan malaikat Jibril.

• Orang yang beriman memperbanyakkan amalan-amalan yang solih kerana mengharap keredaan Allah SWT. Dia tahu yang sesiapa yang diredhai NYA akan mendapat nikmat syurga.

• Digalakkan didalam bulan Ramadhan memperbanyakkan amalan memberi sedekah.

• Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914