Ustaz Nizam 090422
Kuliah Subuh
• Doa ketika berbuka puasa.
(1) Terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:
Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: "Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah". [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna'outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]
(2) Doa kedua yang selalu dibaca
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
"Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih"
• Ada juga petua Ulama' membaca surah Al-Kautsar untuk menjaga diri daripada dahaga ketika berpuasa. Dibaca semasa waktu sahur. Tidak ada hadith dalam hal ini.
• Setiap orang yang beriman hendaklah menjaga agama ini daripada ajaran yang terpesong.
• Ada orang yang memutarbelitkan fakta yang menyatakan ia daripada kitab Allah SWT. Tetapi mereka berdusta.
• Ada juga yang berdusta diatas nama Baginda SAW. Mereka juga menyebarkan hadith-hadith palsu.
• Umat Islam perlu berwaspada akan perkara sebegitu. Kerana kerosakan agama Nasrani dan Yahudi adalah sebegini praktiknya.
• "Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajal-dajal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan-ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka agar mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian." - [Riwayat Muslim (16)]
• Terdapat ajaran yang pada satu ketika diharamkan oleh majlis agama. Tetapi sekarang sudah diberi kebenaran untuk menjalankan aktiviti mereka. Mungkin ada tekanan politik.
• Orang yang beriman hari ini perlulah berjaga-jaga akan terbabit didalam amalan yang bukan dari amalan Rasulullah SAW.
• Contohnya amalan memuliakan kubur para Ulama'. Dihiasi kubur mereka. Diminta pertolongan orang yang telah mati. Ini jelas bukan daripada amalan Ahli sunnah Waljamaah.
• Wassalam

Comments