Ustaz Shamsuddin 160422

Kuliah Subuh

• Nafsu syahwat perlu diasuh supaya tidak bersarang didalam hati. Ia perlu jadi sebagai ma'mun dan kita menjadi imam.

• Sekiranya nafsu syahwat itu telah bersarang didalam hati, perlulah dikeluarkan didalam hati. Walaupun ia sesuatu yang sulit.

• Nafsu seperti ujub, riya', sombong, takabbur dan sebagainya hendaklah dikeluarkan dari dalam hati.

• Membersihkan hati memerlukan banyak doa kepada Allah SWT. Perlu memohon pertolongan dan inayah NYA.

• Hati yang sakit merasa tidak perlu kebergantungan kepada yang lain. Untuk mengubati hati supaya tunduk kepada Allah SWT perlulah ia merasa takut kepada kemurkaan NYA.

• Takut kepada kemurkaan NYA, sebagaimana yang dikhabarkan Al Quran. Perlulah sesaorang itu sentiasa menjadikan Quran meresap ke dalam hati.

• Hati juga perlu dididik supaya mengharap akan kesenangan hidup diakhirat yang dijanjikan Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat dan beriman.

• Untuk mencapai matlamat tersebut hendaklah seseorang itu mengenali Allah SWT. Kebesaran dan keagungan NYA. Para sahabat dan orang-orang yang soleh merasa takut dan gementar apabila nama NYA disebut. Kerana mereka dapat merasakan kebesaran NYA.

• Sekiranya seseorang itu membaca Al-Quran mengenai azab diakhirat, tanpa merasa gerun, adalah tanda yang hati itu telah sakit. Nafsu syahwat itu telah bersarang di dalam hati.

• Sesaorang hendaklah selalu membaca Al-Quran. Memahami akan maknanya. Bertadabur dengan nya.

• Quran dijadikan penyuluh hidup seseorang yang beriman. Ia perlu berkembang didalam hati.

• Doa sebelum membaca Al-Quran "Ya Allah bukakanlah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan."

• Doa selepas membaca Al-Quran " Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran yang agung, jadikanlah ia bagiku cahaya petunjuk rahmat. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkan kepadaku apa yang tidak aku ketahui darinya, anugerahkanlah padaku kesempatan membacanya pada sebahagian malam dan siang, jadikanlah ia hujah yang kuat bagiku, wahai Tuhan seru sekalian alam."

• Ya Allah, karuniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah yang menjaga serta melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak dikabulkan."

• Sesaorang yang sedar yang hatinya telah menjadi sarang akan nafsu syahwat. Perlulah dia memohon pertolongan Allah SWT. Berusaha mengubah situasi dengan menghidupkan Al Quran didalam kehidupan nya.

• Sebagaimana yang diingati oleh Al Quran akan manusia yang menjadikan nafsu itu sebagai tuhan nya. Maka akhirnya ia menjadi sesat. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat menolong.

• Surah Al Jaathiya ayat 23:  Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914