Ustaz Syukri Alam Impian 200422

Tazkirah Ramadhan

• Ramadhan merupakan satu anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya.

• Dengan satu ayat sahaja, umat Islam seluruh dunia berpuasa serta memperbanyakkan amalan solih.

• Dibulan ini juga Rahmat Allah SWT mencucuri kepada umat NYA.

• Rahmat yang terbesar adalah penurunan Al Quran didalam bulan Ramadhan ini.

• Diturunkan Al Quran didalam bahasa Arab. Agar kita menjadi orang yang bertaqwa.

• Raudhah ertinya taman syurga. Didunia ini Raudhah adalah majlis ilmu, Masjidil Nabi dan taman didalam kubur bagi orang yang beriman.

• Quran merupakan satu rahmat serta penawar bagi orang yang beriman. Penawar bagi segala aspek kehidupan orang yang beriman didunia ini.

• Al Quran merupakan satu zikir, peringatan. Orang yang beriman hendaklah selalu membaca nya.

• Peringatan yang paling besar bagi manusia adalah Al Quran.

• Allah SWT juga menyebutkan Al Quran sebagai Al Kitab. Kitab dalam bahasa Arab yang bermaksud tulisan. Kitab yang memberi peringatan kepada orang- orang yang beriman. Yang mendirikan solat.

• Sekiranya Quran tidak diturunkan maka manusia akan terumbang ambing. Jadi ia merupakan satu Furqan. Membezakan hak dan batil. Taat dan ingkar. Iman dan kufur.

• Al Quran merupakan kitab yang paling mulia, dibawa oleh roh yang mulia iaitu Jibril, kepada manusia yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad SAW, diturunkan dimalam yang paling mulia, untuk umat yang paling mulia.

• Perkasakan diri dibulan Ramadhan ini dengan keimanan dan ketaqwaan. Janganlah bulan ini berlaku tanpa kita mendapat apa-apa rahmat daripada bulan yang mulia ini.

• Allah SWT suka kepada ibadah yang dilakukan dengan penuh ketekunan dan beristiqamah.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914