Friday, June 18, 2010
Ustaz Rahmatullah 070610
¤ Orang mukmin hendaklah ikhlas melakukan ibadah kepada Allah SWT.
¤ Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT itu memanglah terlalu banyak. Tidak terhitung oleh manusia. Maka manusia semestilah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Janganlah apabila nikmat itu ditarik barulah menyesal akan kenikmatan yang telah tiada.
¤ Amalan yang ikhlas dilakukan kerana takut kepada Allah SWT. Ingin mendapat keredhaanNYA. Mengharap dihindarkan daripada siksaan api neraka serta dianugerahkan pahala serta dimasukkan kita didalam syurga. Malu kepadaNYA untuk melakukan maksiat.
¤ Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan mengikut apa yang dinyatakan didalam Al Quraan dan Hadith Rasulullah SAW. Amalan itu hendaklah sesuai dengan syaria'ah
¤ Amalan yang baik adalah mereka yang menjaga hubungan baik dengan Allah SWT dan sesama manusia. Yang kurang baik amalan adalah mereka yang menjaga hubungan baik dengan Allah SWT tetapi tidak berbaik sesama manusia. Yang buruk amalan adalah mereka yang tidak menjaga amalan yang baik dengan Allah SWT tetapi berbaik dengan manusia. Dan paling buruk adalah mereka yang tidak melakukan amalan yang baik kepada Allah SWT dan sesama manusia.
¤ Janganlah meninggalkan amalan kerana manusia, kerana itulah amalan riyaa'. Janganlah melakukan amalan kerana manusia, kerana itulah amalan syirik.
¤ Ikhlaslah amal kita kerana Allah SWT.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Muhaimin 090610
¤ Muhasabah diri akan membawa sesaorang kepada;
- Taubat
- Istiqomah didalam jalan yang benar
¤ Bermuhasabah dapat menghindar diri daripada mendapat balasan yang buruk ketika dihisab.
¤ Bagaimana keadaan kita semasa berada dihari akhirat ketika dihisab. Tentulah kita bersendirian bertemu Rabbul Jalil. Adakah kita membawa bersama kita amalan yang soleh yang bercukupan.
¤ Perlulah kita menghitung baik buruk amalan yang telah dikerjakan.
¤ Adakah kita melakukan ibadah kerana mengharap ganjaran didunia? Atau mengharap diterima Allah SWT supaya ia dapat membantu kita diakhirat?
¤ Ibadat yang dilakukan hendaklah bebas daripada kehendak nasfu.
¤ Apakah jenis ibadah yang digalakkan untuk kita bermuhasabah?
- Ibadah yang merupakan rukun Islam
- amalan yang wajib
- amalan yang dijaga dengan sebaik baiknya.
¤ Bermuhasabah perlu dilakukan keatas maksiat yang terlanjur dilakukan, Kenapa boleh terjebak? Apakah perbuatan yang mendekatkan diri daripada menjerumus kedalam maksiat.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Amran Yussof 140610
• Kedatangan Islam; membawa pembaharuan;Mengharamkan
- Penyembahan berhala
- Zina
- Arak
- Judi
- Riba
• Pembaharuan yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu tidak disenangi oleh orang kafir Quraish. Islam datang sebagai dagang. Asing.
• Malah mereka menuduh Rasulullah SAW sebagai orang gila kerana membawa ajaran yang mengharamkan beberapa perkara yang menjadi kesukaan masyarakat jahiliah ketika itu.
• Rasulullah SAW membawa risalah Islam untuk menyelamatkan manusia daripada kejahilan. Tetapi baginda ketika itu dicaci, disakiti malah ada percubaan untuk membunuhnya.
• Baginda redha atas apa yang terjadi kepada nya kerana yakin akan janji Allah SWT.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, May 23, 2010
Ustaz Abdul Halim 220510
¤ Orang yang kenal kepada Allah SWT.
- tidak mengeluh- kesah dengan hukum Allah SWT. Redha kepada NYA.
- tidak susah jika ganjaran itu lambat.
- malu kepada Allah SWT jika melakukan maksiat.
¤ Orang beriman apabila ditimpa sesuatu musibah dia bersabar menghadapinya. Tidak dia mengeluh dan bersangka sesuatu. Mereka meredhai ketentuan Allah SWT. Dan berterusan berdoa kepada NYA.
¤ Malu kepada Allah SWT untuk melakukan perkara yang diharamkan NYA. Mengambil tindakkan segera jika terlibat dengan perkara yang maksiat. Bersabar serta menghindari nafsu yang sentiasa membisik untuk melakukan maksiat. Ini adalah sifat orang yang mukmin hakiki.
¤ Iman yang kuat yakin akan pertolongan Allah SWT. Oleh demikian mereka akan berdoa secara berterusan.
¤ Orang yang melakukan solat subuh berjemaah Allah SWT mempastikan pelindungan daripada perkara yang tidak baik serta mendapat ganjaran daripadaNYA. Maka masyarakat yang mendirikan solat subuh secara berjemaah akan pasti menerima ganjaran. Apatah lagi jika ramainya jemaah bersolat subuh itu seramai orang yang bersolat jumaat. Kejayaan yang mutlak.
¤ Orang beriman; mereka berdoa secara berterusan semasa didunia tanpa merasa kecewa jika belum dimakbulkan lagi. Mereka juga tidak melakukan perkara perkara yang lagha tanpa merasa malu kepada Allah SWT.
¤ Allah SWT tahu akan apa sahaja yang dilakukan oleh hambanya. Serta mengetahui akan apa yang didalam akal dan hati mereka. Oleh itu Rasulullah SAW mengesyorkan kepada para sahabat supaya mereka sentiasa merasa malu dengan sunggoh- sunggoh malu kepada NYA.
¤ Berjaga jaga dengan perilaku agar tidak melakukan perkara yang mengundangkan kemurkaan Allah SWT. Kerana mati itu datang tanpa diduga. Secara tiba- tiba.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, May 22, 2010
Dr Hafizi 210510
PERSOALAN ASSABIYAH
¤ Iblis enggan tunduk kepada Adam RA kerana dia beranggapan yang dia dijadikan daripada API tidak layak tunduk kepada makhluk yang dijadikan daripada TANAH. Jadi apabila dia dilaknat Allah SWT, Iblis pula berusaha menanam kedalam hati manusia sikap yang akan menghancurkan umat manusia iaitu "JENIS AKU LEBIH BAIK DARIPADA KAMU". Ini lah intipati assabiyah.
¤ Islam tidak menerima sikap assabiyah. Ini bertentangan dengan ajaran dan prinsip orang mukmin. Para sahabat berperang dengan orang Quraish bukan kerana bangsa mereka. Juga bukan kerana dendam. Tetapi mereka berperang kerana mempertahankan kesucian Islam.
¤ Para sahabat mereka bersaudara kerana sesama muslim bukan kerana mereka sebangsa Quraish. Malah mereka para sahabat sanggup membunuh musuh yang sebangsa dengannya kerana mempertahankan Islam.
¤ Didalam sejarah nusantara juga menunjukkan serangan tentera penceroboh Portugis ditentang oleh orang- orang Islam antarabangsa. Ramai yang datang dari tanah Arab, Gujerat, Jawa dan sebagainya. Mereka juga berjihad mempertahankan Melaka bukan kerana cinta kepada bangsa Melayu tetapi kerana agama Islam.
¤ Maka perlulah umat mukmin faham bahawa tiada sikap assabiyah didalam Islam.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Jefri 150510
Apakah ertinya saya memeluk Islam
¤ Allah SWT mencipta alam ini dengan bijaksana.
¤ Walaupun kekuasaanNYA boleh menjadikan alam ini dengan sekelip masa sahaja. Tetapi untuk mendidik manusia, tentang perancangan dan prosess usaha, maka dijadikan alam ini dengan beberapa hari. Wallahualam.
¤ Allah SWT juga menurunkan para rasul dan kitab- kita supaya menjadi petunjjuk kepada manusia.
¤ Kejadian alam ini juga menunjjukkan betapa berkuasanya Allah SWT.
¤ Allah SWT mengetahui akan apa sahaja yang berlaku dan akan berlaku. Serta tidak memerlukan sesiapa untuk menolongNYA
¤ Manusia yang zalim, mereka memutar belit akan hukum Allah SWT.
¤ Setiap makhluk yang dijadikan adalah merupakan nikmat untuk manusia. Walaupun saekor nyamuk, tidak dijadikan dengan sia-sia. Ada sebabnya. Ini menunjjukan kekuasaan Allah SWT.
¤ Tidakkah manusia berfikir kenapa Allah SWT menjadikan alam ini? Adakah dengan main-main sahaja.
¤ Walaupun para Rasul berlainan syariat tetapi akidahnya tetap sama.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Azman 180410
• Orang yang mempunyai ilmu tentang Al Quran tetapi merasa rendah diri kepada orang yang mempunyai banyak kekayaan dan pangkat didunia, dia mempersendakan agama.
• Ramai orang agama hari ini terpaksa merujuk tentang hal agama kepada pemimpin yang kadang kala tidak setaraf ilmunya dengan orang agama.
• Al Quraan itu adalah sumber rahmat daripada Allah SWT. Membaca dan memahaminya adalah perkara yang sangat dituntut oleh Allah SWT.
• Sebaik- baik orang Islam adalah yang tahu membaca Al Quran. Serta mengajar orang lain membacanya.
• Ulama' menyatakan; Termasuk orang zalim seorang yang tahu membaca Quraan, tetapi tidak membaca 100 ayat sehari.
• Institusi masjid memain peranan untuk mendidik masyarakat tentang ilmu Al Quraan.
• Setiap masjid perlulah mempunyai peralatan yang cukup untuk mendidik masyarakat. Saperti sistem pembesar suara yang baik. Agar para jemaah dapat mendengar pelajaran dan tazkirah dengan jelas. Suasana masjid juga harus disediakan dengan elok dan baik.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Azman 160510
¤ Ramai ummah Islam hari ini tidak memandang berat tentang hal definisi ILMU.
¤ Para ulama' dahulu, memandang berat persoalan definisi. Contohnya hal HALAL. Ulama akan membincangkan dahulu tentang definisi atau takrif sebelum hal- hal yang lain.
¤ Satu lagi contoh adalah istilah politik. Sebelum membincangkan larangan berpolitik didalam masjid. Para jamaah harus dahulu memahami definisi politik. Apa yang tidak dibenarkan? Politik yang tidak diizinkan adalah politik kepartian, kempen pilihanraya dan sebagainya.
¤ Ilmu politik yang membincangkan soal hukum kepimpinan, kehakiman, hukum hudud dan sebagainya memang digalakkan. Islam itu adalah satu sistem cara hidup yang merangkupi berbagai aspek termasuk persoalan politik.
¤ Ramai orang tahu yang menutup aurat itu hukumnya wajib. Tetapi berapa ramaikah yang faham istilah menutup aurat? Kerana tidak memahami definasi aurat lah terdapat wanita yang menutup kepala dengan tudung tetapi memakai baju lengan pendek.
¤ Begitulah dengan ibadah umrah dan haji. Ramai yang pergi umrah tetapi tidak memahami takrifnya.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, April 11, 2010
Ustaz Dahsuki 080410
• Akal diberikan kepada manusia sahaja. Ini membezakan antara manusia dari binatang.
• Walaupun manusia itu mempunyai akal, tetapi masih lagi membuat kesilapan.
• Akal juga tidak mempunyai pengetahuan tetang banyak perkara. Saperti kisah hari akhirat.
• Maka untuk mencerdikkan manusia Allah SWT memberi sumber pertunjjuk seperti Al Quraan dan Hadith.
• Untuk memahami Al Quraan dan Hadith memerlukan para alim ulama untuk mengajar ilmu wahyu tersebut. Sekiranya manusia tidak bersama mempelajari daripada ulama maka hati mereka seperti mati.
• Saorang ulama merasa gerun dan takut kepada perintah Allah SWT. Mereka mempunyai disiplin yang tinggi. Sentiasa tuduk kepada Allah SWT.
• Manusia biasa tidak dapat menyelesaikan banyak perkara.
Tetapi para ulama dengan ilmu wahyu dapat mengelesaikan banyak perkara.
• Manusia yang menjauhkan diri daripada para Ulamak maka hidup mereka tidak berkat. Mereka juga lama kelamaan akan kehilangan nur iman dari diri mereka.
• Apabila manusia itu mati maka segala harta bendanya tidak boleh dibawa ke negeri akhirat. Rugilah manusia yang mati tanpa membawa bekalan. Seperti perahu tanpa kemudi. Maka jika bekalannya tidak cukup maka tidak dapat dibayangkan betapa kesalnya...
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Sharif 070410
• Arak dan judi disisi Islam hukumnya haram jika dilakukan berdosa besar. Walaupun ada sedikit sahaja menafaatnya. Tetapi dosanya lebih besar daripada menafaatnya.
• Apakah benda yang baik dinafkahkan? Nafkahkanlah benda benda yang berlebihan yang dipunyai. Setelah keperluannya telah digunakan keatas diri dan keluarga.
• Didalam Al Quraan terdapat empat ayat yang bersabit dengan hukum meminum arak.
• Satu ketika dirumah saorang sahabat Rasulullah SAW yang mengadakan jamuan, ada para sahabat yang mabuk. Apabila masuk waktu solat mereka gegas bersolat, sedangkan mereka mabuk. Maka apabila membaca ayat quraan dibacanya secara silap. Maka turunlah perintah daripada Allah SAW melarang solat ketika mabuk.
• Selepas itu terdapat satu lagi peristiwa para sahabat tercedera kerana dipukul oleh sahabat yang lain ketika mabuk.
• Maka turunlah ayat yang mengharamkan meminum arak. Setelah disekat secara berperingkat.
• Setiap benda yang memabukkan itu adalah arak. Hukumnya haram. Arak juga ditakrifkan sebagai najis.
• Peminum arak apabila dia mabuk, maka ia hilang akal. Perbezaan manusia dengan binatang adalah akalnya.
• Arak juga merupakan punca segala kejahatan.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, April 1, 2010
Ustaz Uda Kassim 010410
• Kedudukkan ilmu didalam agama Islam itu cukup mulia dan tinggi kepentingannya.
• Jadi orang yang berilmu didalam agama Islam, yang lazim disebut sebagai seorang ulama' / alim kedudukkannya mulia disisi masayarakat muslim.
• Ada cabang ilmu didalam Islam itu hukumnya Fardhu Ain. Wajib bagi semua orang Islam mempunyai ilmu itu. Didalam bab akidah atau ilmu tauheed setiap orang Islam wajib menyetahui dalil kewujudan Allah SWT. Dilarang ikut ikut sahaja. Atau dipanggil TAKLIK.
• Para Ulama selepas kewafatan Rasulullah SAW dan para sahabat merupakan pewaris keilmuan. Mereka selain daripada mendidik masyarakat perlu juga memberi fatwa didalam beberapa perkara.
• Ulama perlu memikul amanah yang sungguh berat. Sekiranya dia melakukan tugasnya bukan sebulat bulatnya kerana Allah SWT maka dia akan mendapat hukuman yang berat diakhirat nanti. Terdapat sepotong hadith yang disampaikan oleh ustaz yang menunjjukkan ulama yang tidak beramanah akan disiksa didalam api neraka yang tingkatan dibawah sekali. Mereka tidak akan menghidu bau syurga kerana jaraknya 100 tahun perjalanan.
• Hammad bin Salamah saorang alim yang berada dikota Mekah. Dirumahnya tidak terdapat apa-apa pun melainkan tikar dan kitab-kitab untuk mengajar. Satu hari penyuruh khalifah Muhammad bin sulaiman datang berjumpa beliau untuk menanyakan sesuatu. Terus diutuskan surat kepada Khalifah menegur baginda bahawa adab belajar itu supaya dia datang bertanya secara sendiri tanpa menghantar wakil. Apabila Khalifah mendapat surat itu maka secara segera baginda datang mendapatkan ulama tersebut. Begitulah status ulama dizaman itu. Bagaimana statusnya hari ini?
• Para ulama sebagai pemegang amanah Rasulullah SAW maka jika mereka bersekongkol dengan pemerintah yang zalim maka hendaklah dijauhkan diri daripada mereka.
• Para ulama yang hebat menjauhkan diri mereka daripada para pemerintah. Terutama dengan pemerintah yang zalim. Imam Abu Hanifah menolak jawatan tinggi yang diberikan kepadanya oleh Khalifah. Sehingga dia dipenjarakan.
• Tidaklah bermakna bahawa ulama dilarang daripada medekati pemerintah. Terdapat juga didalam lipatan sejarah beberapa ulama yang memberi nasihat kepada pemerintah. Imam Abu Hassan Ashaari saorang pengasas mahzab Al Sunnah Wal Jamaah pernah pergi kemajlis pemerintah yang menyokong puak muktazilah yang sesat daripada ajaran Rasulullah SAW. Apabila ditanya mengapa dia melakukan begitu? Dijawap bahawa sekira dia tidak pergi bagaimana hendak membawa mereka yang berkuasa kejalan yang benar.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Ghazali Hasbullah 310310
Bab Tauheed
• Orang mukmin yang enggan mengikuti majlis ilmu tanpa uzur sharaee berdosa hukumnya
• Tanpa berilmu maka akan timbullah sifat ragu-ragu kepada kesucian agama Islam. Khuatir nanti keraguan tersebut boleh menyebabkan terbatalnya syahadah.
•Orang yang beriman; JAZAM dengan Allah SWT. Jazam itu bermaksud tidak ada keraguan apa jua.
• JAZAM itu perlu MAUFAKAT dengan yang sebenarnya. Dengan DALIL yang benar.
• Orang yang tidak berilmu tentang DALIL kewujudan Allah SWT maka dinamakan dia BERTAKLIK. Maka tidaklah ia mempunyai MAKRIFAT.
• Para ulama berkhilaf tentang hukum bertaklik. Ada yang menghukumnya perbuatan itu akan membawa kepada kekafiran.
• Mukmin yang bertaklik tanpa mahu belajar digelar mukmin yang durhaka.
• Orang yang mempunyai MAKRIFAT itu sentiasa jazam, iaitu keyakinannya keatas Allah SWT tidak berganjak. Tidak berubah. Tidak merasa ragu.
• Orang sebegini juga membenarkan hukum Allah SWT disetiap sudut kehidupannya. Dia MAUFAKAT dengan hukum Allah SWT.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, March 26, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Ustaz Yusuf 070310
• Didalam sebuah hadith qudsi diriwayatkan yang bermaksud bahawa Allah SWT hairan melihat manusia yang yakin kepada kematian tetapi masih bersukaria gembira dengan kesenangan dunia ini. Ghairah mengumpul harta yang banyak. Berlumba lumba dengan cara hidup yang bermewah- mewahan. Lalai serta tidak bersedia menghadapi mati.
• Orang yang beriman haruslah bersedia menghadapi mati. Dengan menyerjakan amal yang soleh sebanyak- banyaknya. Saperti amalan Rasulullah SAW.
• Rasulullah SAW adalah rahmat kepada ummah. Kerana Baginda membawa risalah agama Islam yang menyelamatkan manusia daripada kejahilan. Menjadi contoh kepada semua manusia.
• Orang yang beriman hendaklah mempertingkatkan amalnya yang soleh. Berpandukan sunnah Rasulullah SAW. Mempertahankan syiarkan agama Islam.
• Baginda Rasulullah SAW selain daripada membawa risalah Islam, dia juga memberi contoh akhlak yang tinggi kepada manusia. Suka memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepadanya. Sentiasa mengambil berat hal masyarakat sekelilingnya.
• Rasulullah SAW juga mendidik manusia supaya mempunyai nilai yang tinggi. Yang bersusila kepada kedua orang ibu-bapa nya. Serta membantu dan mengambil berat manusia yang susah saperti anak yatim, orang miskin dan orang tua.
• Masyarakat yang mengambil contoh akan risalah serta akhlak Baginda telah dapat mencapai kejayaan. Semasa zaman Khalifah Omar Abdul Aziz tidak ada orang miskin. Tidak ada orang yang layak untuk mendapat zakat.
• Baginda SAW mendidik para sahabatnya untuk melakukan ibadah dengan ikhlas. Semata mata untuk mendapat keridhaan Allah SWT.
Wassalam
Ustaz Ghazali 020310
• Khonaah, sifat redha dengan pemberian Allah SWT. Orang yang kaya (dihati) adalah mereka yang mempunyai sifat khonaah.
• Susah bagi sesaorang untuk mengerjakan ibadat sekiranya perutnya terlalu kenyang.
• Tidak akan mencapai cinta saorang umat kepada Allah SWT sekiranya dia masih mencintai harta dunianya.
• Susah bagi mendapat "terang hati" untuk menimba ilmu sekiranya banyak masa dihabiskan dengan tidor.
• Untuk mencapai keimanan yang mantap hendaklah ada rasa takut kepada melebih segalanya. Tetapi ramai yamg cukup takut kepada kepapaan. Takut kehilangan harta dunia.
• Orang yang kedekut atau kikir itu jauh daripada Allah SWT dan dekat dengan api neraka.
Wassalam
Ustaz Naim 231126
Kuliah Maghrib https://www.facebook.com/share/v/1Kg7uGBzgD/ ☪️ Seorang mukmin hendaklah fokus kepada kehidupan dan apa yang hen...
-
Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/1HdTEWJzuX/ • Jahar semasa solat fardhu bermaksud membaca bacaan solat dengan suara yang jelas...
-
Kuliah Maghrib • Hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Anas bin Malik apabila ditanya oleh Qatadah ibn Di‘amah mengenai uban pada Rasulul...
-
Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman apabila mereka melakukan ibadah difokuskan kerana Allah SWT. Tidak ada matlamat yang lain. ✓ Ada orang y...