Ustaz Sharif 23031
Ustaz Sharif 23031 Kuliah Maghrib: باب طالت 1. Saorang sahabat Ubai Ibn Kaab sedang bersolat. Rasulullah SAW mendatangi rumahnya dan memberi salam. Ubai berdiam diri sambil meneruskan solatnya. Selepas solat, dia mendatangi Rasullah SAW, diberitahukan kepadanya oleh Baginda bahawa sekira Rasul memberi salam wajib dijawapkan walaupun didalam solat. 2. Menjawab salam Rasulullah SAW ketika bersolat, tidak terbatal solatnya. Tetapi sekira dia tidak menjawab maka batallah solatnya. 3. Keadaan ini hanyalah bagi Rasulullah SAW. Sekiranya jika salam ini diberikan oleh seorang ibu apa kah hukumnya? 4. Sekiranya sesaorang itu sedang bersolat sunnat, jika ibu atau ayahnya memberi salam, maka wajib dijawab. Sekiranya dia sedang bersolat fardhu, maka ia bergantung kepada keadaan. Sekiranya baru sahaja bersolat, maka wajib di jawab, dan bersolat semula kerana solat itu telah batal. Sekiranya solat itu sudah diakhir, maka tidak perlu menjawab salam dan terus menghabiskan solatnya. Kemudian apabila se...