Ustaz Ann Wan Seng 040311
Kuliah Maghrib
• Islam adalah agama yang agung. Tidak sama Islam dengan agama lain. Lebih tinggi dan mulia.
• Terdapat hukum hakam didalam agama Islam yang tidak didapati pada agama yang lain.
• Halal dan haram itu jelas didalam Islam. Samalah dengan Sah atau tidak sah. Konsep yang hanya terdapat didalam agama Islam.
• Konsep didalam Islam seperti Arak, Riba, Zina tidak terdapat didalam agam lain. Maka orang Islam janganlah menukar istilah tersebut. Seperti Arak di beri nama Minuman Keras. Ini tidak harus terjadi.
• Konsep ketuhanan didalam Islam amat jelas sekali. Agama tauhid yang berpegang kepada bahawa Allah SWT itu satu, tida ada yang bersekutu dengan NYA.
• Maka kenapa masih terdapat orang Islam yang mempercayai hantu. Kadangkala takut kepada hantu melebihi takut mereka dengan Allah SWT. Walhal hantu itu adalah jin atau syaitan. Merupakan amalan syirik.
• Orang mukmin hendaklah bersangka baik dengan Allah SWT. Menerima apa sahaja ketentuan kepada diri.
Wassalam
Comments