Ustaz Azman 200311

Ustaz Azman 200311
KULIAH SUBUH
Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam

1. Allah SWT memerintah orang yang beriman bertaubat kepada NYA. Wajib memohon keampunan daripada NYA.

2. Dosa yang Allah SWT tidak akan mengampun
- orang yang syirik
- orang yang sombong kepada Allah SWT

3. Dua cara manusia melakukan dosa:
- dosa diantara hamba dengan Allah SWT
- dosa diantara hamba dengan hamba

4. Dosa dengan manusia haruslah meminta ampun dan maaf dengan manusia itu dahulu sebelum memohon ampun daripada Allah SWT. Walaupun berat tetapi hendak dilakukan.

5. Dosa dengan Allah SWT;
- Fasik KAFIR: Orang yang dengan terangnya telah kafir. Tidak mempercayai Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, Quran serta rukun iman yang lain. Orang begini hendaklah mengucap semula.
- Fasik Kecil: Orang yang melakukan dosa tetapi tidaklah sampai kepada peringkat fasik kafir. Golongan ini melakukan berbagai dosa besar secara berterusan, saperti meminum arak, berzina, berjudi dan yang lain- lain.

6. Bagi orang- orang yang beriman sekiranya menghadapi apa-apa masaalah, maka mereka akan kembali kepada hukum Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.

7. Masyarakat yang selalu melakukan dosa terutama fasik susah untuk ditegur. Perlulah orang terlibat benar benar taubat. Serta didalam masyarakat tersebut hendaklah ada orang yang menasihat yang lain untuk melakukan amal makruf nahi mingkar.

8. Kefahaman terhadap agama Islam merupakan ramai orang yang mengaku dirinya sebagai seorang muslim tetapi masih melakukan fasik kecil. Ada yang telah melakukan ibadah Haji tetapi tetap melakukan dosa yang besar. Kekurangan ilmu dan kefahaman terhadap falsafah ibadah didalam Islam adalah satu faktor yang mana sesaorang itu tetap melakukan maksiat walaupun melakukan amal ibadah.

9. Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang yang bertaubat (taubat nasoha) adalah orang yang tidak berdosa.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809