Ustaz Shamsuddin 130211
Kuliah Subuh dengan tajuk MAHKAMAH ISLAM
• Hakim
- Seorang yang memutuskan kesalahan dengan adil
- Menjatuhkan hukuman mengikut apa yang diturunkan Allah SWT
- Tidak dipesongkan oleh nafsu
• Hukum mengikut Al Quran
- Sesiapa yang menghukum dengan tidak mengikut hukum Allah SWT maka ia adalah orang yang fasik. Seorang yang zalim.
- Sesiapa yang menolak hukuman Al Quran, dengan alasan hukuman itu sudah tidak relevan lagi maka dia telah melakukan dosa syirik.
• Pendakwa dan Pembela itu adalah sebahgian daripada sistem penghakiman Islam.
• Pendakwa hendaklah membawa keterangan bukti dan saksi yang akan memberi keterangan dihadapan seorang hakim.
• Pembela juga boleh membawa saksi untuk menidakkan hujah pendakwa. Si yang dituduh boleh bersumpah yang dia tidak melakukan atas apa yang dituduh.
• Seorang perempuan tidak dibenarkan menjadi seorang hakim.
• Seorang Hakim hendaklah memahami bahasa Arab. Berilmu agama, AlQuran, Hadith serta khilaf ulama'.
• Jika seorang hakim itu menyalahi hukum Allah SWT semasa menjatuhkan hukum maka dia juga akan dihukum. Mengikut hukum Tanzir.
• Etika seorang Hakim
- jangan jatuhkan hukum ketika marah
- meletakkan orang yang didakwa dan pendakwa didalam kedudukkan yang sama.
Wassalam
Comments