Ustaz Syihabuddin 100311

Ustaz Syihabuddin 10031

kuliah Maghrib ADAB BERDAKWAH

1. Ikhlas
• Ada sesetengah pendakwah meminta atau menetapkan bayaran. Adakah ini dibenarkan oleh agama?

• Seorang pendakwah seperti manusia biasa yang lain ada keperluannya. Jadi pihak kariah yang menjemputnya perlulah memahami hakikat ini. Tetapi seorang pendakwah tidak wajar meletakkan harga pada ilmu agama. Kerana ilmu itu tidak ternilai dengan wang ringgit jika dibandingkan dengan balasan diakhirat.

2. Wajib Memiliki Ilmu
• Metodologi berdakwah itu perlu untuk mencapai hasratnya.

• Berdakwah perlu memahami situasi sasaran. Cara berdakwah kepada orang dewasa berlainan dengan remaja dan juga berlainan dengan kanak-kanak.

3. Menjaga Perasaan
• Pendakwah perlu menjaga sensitiviti orang yang hendak didakwahi. Jagalah perasaan mereka.

• Allah SWT memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun pergi berjumpa dengan Firaun menyampaikan risalah islam dengan berkata kata dengannya secara baik dan lembah lembut. Semoga dengan demikian dapat mengubah diri Firaun.

4. Fokus
• Mencari peluang yang sesuai untuk menyampaikan mesej dakwah dengan berkesan.

• Nabi Yusuf mengunakkan kelebihan mentakwil mimpi untuk berdakwah. Cara dan kesempatan digunakan dengan baik.

• Mengambil kesempatan diatas peluang yang ada untuk menyampaikan mesej dakwah.

5. Waktu dan Kondisi yang baik
• Pendakwah harus memilih waktu yang sesuai untuk menyampaikan mesejnya.

• Lain target lain waktu yang berkesan.

• Target berdakwah
- isteri dan anak anak
- ibu bapa dan ibu bapa mertua
- adik beradik
- jiran tetangga
- orang umum

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809