Ustaz Zaid 280111
Kuliah Maghrib
• Didalam dunia ini Allah SWT banyak memberi kemudahan kepada insan. Supaya mereka hidup dengan senang. Tetapi ramai yang hidup dengan keadaan yang susah. Kenapa begitu? Malang sekali...
• Orang yang hidup dengan kesenangan didunia ini, ada juga yang jiwa mereka tidak tenang.
• Manusia yang tidak beriman akan menerima akibatnya. Kesan kepada mereka yang ingkar didalam jiwanya lemah iman.
• Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Aku tinggal untuk kamu dua perkara. Jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat. Kitab Allah SWT dan Sunnah NabiNya.
• Kalau hidup tanpa berpandu kepada Quraan dan Hadith maka jiwa tidak akan rasa tenang. Lagi susah maka bertambah keresahan.
• Allah SWT bersifat Esa pencipta sekelian alam.
• Allah SWT berhak memberi dan mengambil.
- tanpa izin manusia
- bila bila masa
- dimana sahaja
- bagaimana cara
• Allah SWT sahaja yang berhak disembah. Tetapi ramai yang menyembah kekayaan dunia.
Wassalam
Comments