Ustaz Nizam 220211

Ustaz Nizam 220211
Kuliah Maghrib

Didalam Al Quraan malaikat disebutkan sebanyak 114 kali. Begitu juga syaitan di sebutkan sebanyak 114 kali. Walau bagaimanapun dibicarakan didalam Al Quraan dan hadith qudsi diperingatkan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata. Kerja syaitan dan iblis adalah untuk menyesatkan manusia, kecuali orang yang beriman.

Syaitan akan menganggu manusia, terutama ketika hendak bersolat. Digoda manusia untuk leka dan melambat lambatkan solat. Tergesa- gesa semasa mengambil wudu', maka akan susahlah hendak melakukan dengan sempurna. Kerana itulah ramai orang tidak merasa khusyu' didalam solatnya.

Syaitan itu adalah musuh kamu maka perlakulah dengannya sebagai musuh....maksud hadith qudsi. Telah diberi amaran kepada manusia tentang hal syaitan. Dihari akhirat nanti manusia yang mengikut syaitan akan dihalau kedalam neraka. Untuk menghindarkan diri daripada mendapat siksaan dihari akhirat maka manusia hendaklah menjauhkan diri daripada syaitan dan pengikutnya. Kerana Allah SWT akan menyoal manusia akan apa yang mereka kerjakan semasa didunia. Adakah mereka itu bersahabat dengan syaitan, membawa banyak dosa oleh kerana terjerumus kedalam kancah maksiat.

Selain daripada menganggu manusia didalam solatnya, syaitan juga cukup suka memporak purandakan rumah tangga. Mempeceraikan pasangan suami isteri. Hari ini didalam negara kita telah pun terjadi kerosakkan rumah tangga. Angka pasangan suami isteri yang bercerai adalah tinggi

Bersegeralah mendapat restu Allah SWT sebelum kita bersemuka dengan Illahi diakhirat nanti. Jauhlah diri daripada syaitan semasa hidup didumia ini. Kerana syaitan itu adalah musuh utama manusia. Janji Allah SWT pasti akan datang.

Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809