Ustaz Sharif 23031

Ustaz Sharif 23031
Kuliah Maghrib: باب طالت

1. Saorang sahabat Ubai Ibn Kaab sedang bersolat. Rasulullah SAW mendatangi rumahnya dan memberi salam. Ubai berdiam diri sambil meneruskan solatnya. Selepas solat, dia mendatangi Rasullah SAW, diberitahukan kepadanya oleh Baginda bahawa sekira Rasul memberi salam wajib dijawapkan walaupun didalam solat.

2. Menjawab salam Rasulullah SAW ketika bersolat, tidak terbatal solatnya. Tetapi sekira dia tidak menjawab maka batallah solatnya.

3. Keadaan ini hanyalah bagi Rasulullah SAW. Sekiranya jika salam ini diberikan oleh seorang ibu apa kah hukumnya?

4. Sekiranya sesaorang itu sedang bersolat sunnat, jika ibu atau ayahnya memberi salam, maka wajib dijawab. Sekiranya dia sedang bersolat fardhu, maka ia bergantung kepada keadaan. Sekiranya baru sahaja bersolat, maka wajib di jawab, dan bersolat semula kerana solat itu telah batal. Sekiranya solat itu sudah diakhir, maka tidak perlu menjawab salam dan terus menghabiskan solatnya. Kemudian apabila selesai sembahyang, barulah menjawab salam tersebut.

5. Didalam solat berjemaah, jika sesaorang imam membuat satu perbuatan yang salah, maka makmum wajib menegur imam. Makmum lelaki hendaklah menyebut سبحان اللة Bagi makmum wanita hendaklah menepuk tangannya.

6. Sesaorang makmum apabila hendak menegur imam didalam solat perlulah menjaga adab. Ada beberapa adab yang dia perlu tahu. Contohnya sekira imam terlupa ayat yang sedang ia membaca, ketika itu ia sedang mengulangi ayat tertentu beberapa kali, makmum perlu tunggu dahulu sehingga imam itu berhenti melafazkan ayat tersebut buat sementara, barulah dia menegur.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809