Ustaz Syihabudin 100211

Ustaz Syihabudin 100211

Kuliah Maghrib ADAB BELAJAR

• Adab ketika belajar memerlukan pelajar menulis nota ilmu apa yang disampaikan.

• Apabila sesaorang guru itu tersilap didalam memberi pendapat, anak muridnya tidak patut meremehkannya.

• Pelajar hendaklah bertanya kepada tuan guru. Ini akan memberi kefahaman yang baik.

• Buku dan kitab yang dibawa kedalam majlis ilmu hendaklah dilakukan dengan penuh kesopanan.

• Selepas belajar perlulah setiap penuntut menyimpan nota dan kitab dengan baik. Supaya dapat diulangkaji dimasa hadapan dengan mudah.

• Disyorkan para pelajar mengadakan majlis usrah. Membincang akan pelajaran yang telah disampaikan dengan baik. Agar pelajaran itu menjadi jelas dan senang diingati.

• Sampaikan ilmu yang dipelajari kepada sesiapa yang berkenaan.

• Ilmu yang dipelajari tidak boleh disembunyikan. Jangan kedekut ilmu.

• Praktikkan ilmu yang dipelajari kepada seluruh keluarga. Termasuk ibu bapa serta ibu bapa mertua kita.

• Jiran juga perlu disebarkan ilmu ilmu yang berguna. Mereka juga ahli keluarga kita seislam. Termasuk jugalah jiran ditempat kerja.

• Masyarakat umum juga perlu ditarbiyahkan. Sama samalah kita memperbaiki kududukkan ummah.

• Menghormati tuan guru dengan menziarahi rumah rumah mereka. Sekiranya mampu memberi khidmat kepada mereka.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809