Ustaz Dr Ahmad Kamal 290614

  Kuliah Ramadhan Masjid Al Huda Shah Alam
  • Bulan Ramadan bulan yang membawa keberkatan.
  • Rugilah orang yang berpuasa didalam bulan Ramadhan,  tetapi tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
  • Orang  beriman  apabila sampai  umur empat puluh  tahun sekira dia menjaga haq Allah SWT maka diringankan azab kubur
  • Orang itu jika sampai umur langut  tua akan digandakan  amalannya.
  • Orang  yang  beriman  dan  bertakwa Allah  SWT akan mencukupkan rezekinya.
  • Contoh seorang yang beriman dan takwa yang mendapat keberkatan daripada Allah SWT.  Sulaiman Al Rajhi lahir pada tahun 1920, merupakan seorang tokoh korporat dan jutawan berbangsa Arab Saudi.  Beliau menerima pendidikan terakhirnya daripada Universiti King Abdul Aziz di Arab Saudi.  Beliau merupakan pengerusi kepada Bank Al Rajhi, salah satu syarikat terbesar di Arab Saudi dan bank Islam yang terbesar di seluruh dunia.   Sulaiman Al Rajhi merupakan seorang jutawan Arab yang hebat.  Pada tahun 2011, Forbes telah menyenaraikan beliau sebagai seorang yang berpengaruh dan merupakan orang yang ke 120 terkaya di dunia.  Beliau juga dikatakan antara 10 orang yang terkaya di Arab.
  • Keberkatan juga terdapat didalam kehidupan  berkeluarga yang diasas akan kehidupan bertakwa.
  • Ramai ulama  besar Islam dididik oleh  ibunya dengan asas yang baik berpandukan keimanan dan ketakwaan.
  • Contohnya Sultan Muhammad Al Fatih yang menawan  Constantinople   dapat semangatnya  daripada sentuhan ibunya.
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914