Ustaz Ìrwan 140614

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
  • Bulan Ramadhan 
    • Mempunyai banyak kelebihan
    • Bulan barokah
  • Terdapat banyak kelebihan yang diberikan Allah SWT kepada orang yang berpuasa didalam bulan Ramadhan
    • Pintu pintu syurga dibuka luas didalam bulan ini. Iaitu peluang memasuki syurga dipermudahkan pada bulan yang barokah ini.
    • Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)(Hadith Sahih - Riwayat Muslim) Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka,  serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,  boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.
  • Didalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang digandakan segala amalan yang dilakukan iaitu malam lailatur qadar
  • Cabaran yang akan dihadapi oleh setiap orang yang beriman didalam bulan Ramadhan ini adalah NAFSU nya
    • Sentiasa menyajaknya melakukan maksiat
    • Inilah ujian kepada orang beriman
  • " Semua amalan manusia untuk dirinya, kecuali puasa, maka itu aalah untukKu dan Aku akan memberinya ganjaran. Satu hasanah bersamaan sepuluh kali ganda kerana meninggalkan makan, minum dan syahwatnyakeranaKu. Dan orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan yang menyenagkan hati. Di kala berbuka ia akan gembira dengan berbuka itu dan disaat ia menemui Tuhannya, ia bergembira kerana puasanya. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari kasturi di sisi Allah di hari Kiamat". (Bukhari)

Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914