Ustaz Ghazali Omar 040214
Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
- Orang yang alim memastikan keutamaan diberi kepada peningkatan agama
- Jangan ada orang agama melakukan amalan soleh dengan niat yang mengutamakan kekayaan duniawi
- Begitu jugalah orang yang alim tidak boleh melakukan maksiat kerana ia akan ditiru oleh orang ramai yang kurang berilmu
- Dunia ini bukanlah destinasi orang yang beriman serta alim
- Maka janganlah melakukan sesuatu demi untuk keduniaan semata mata
- Begitu juga akhlak orang yang demikian tidaklah patut melakukan sesuatu yang menyakitkan hati
- Jangan bersahabat dengan orang yang berkuasa sekiranya tidak berani hendak menegur mereka
- Orang yang alim yang mencintai perhiasaan dunia yang membawa kelalaian daripada zikrullah maka tidaklah bolehkan diikutinya
- Orang alim perlulah beramal dengan ilmu yang diperolehinya. Begitu juga apabila hendak beramal hendaklah ia mempunyai ilmu yang secukupnya.
Wassalam
| Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote. |
Comments