Ustaz Yasser Manan 030414
Kuliah maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
- Peristiwa Hudaibiyah
- Satu peristiwa yang besar didalam hidup baginda Rasulullah SAW
- Sebelum peristiwa ini baginda bermimpi mengerjakan umrah dimasjidil Haram
- Rasulullah SAW memerintah para sahabat bersama baginda pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah
- Disatu tempat Baginda dan rombongan telah dihalang oleh tentera Quraish. Yang ketika itu dipimpin oleh Khalid Ibn Walid
- Baginda SAW datang ke Mekah untuk beribadat bukan untuk berperang. Jadi Baginda memerintah rombongan kaum muslimin berpatah mencari jalan yang lain. Yang jauh.
- Sepanjang jalan rombongan baginda dirahmati oleh Allah SWT dengan turunnya hujan.
- Sepanjang hidup Baginda SAW menunaikan umrah selepas berhijrah sebanyak empat kali.
- Rombongan Baginda kemudian berhenti di Hudaibiyah.
- Semasa diHudaibiyah, para sahabat dapat melihat dengan mukjizat Baginda.
- Pihak Quraish telah mengirim beberapa wakil untuk berbincang dengan rombongan Islam. Agar Rasulullah SAW tidak menunaikan umrah pada tahun itu.
- Baginda Rasulullah mengutus Ustman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
- Ustman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahwa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu.
- Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Ketika mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Ustman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam
- Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (Maret 628M) perundingan ini menjadi "Perjanjian Hudaibiyah", ini karena perjanjian itu dilakukan di tempat berlakunya perjanjian tersebut yaitu "Hudaibiyah"
- Isi Perjanjian Hudaibiyah
- Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
- Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.Bekerja sama kepada perkara yang membawa kebaikan.
- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
- Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
- Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
- Berkembangnya syiar Islam.
- Kehidupan masyarakat aman dan damai.
- Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
- Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin
- Quraisy.Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.
- Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote. |
Comments