Ustaz Rashidy Jamil 220314

Kuliah Maghrib
Masjid Al Huda Shah Alam
  • Tasawuf itu ditakrifkan oleh para ulama sebagai ilmu mencapai akhlaq yang tinggi
  • Ada saorang ulama tasawuf menyatakan tasawuf itu kamu yakin yang kamu tidak mempunyai apa- apa. Dan segala yang ada adalah kepunyaan Allah SWT.
  • Adalah diantara ahli tasawuf menyatakan apa sahaja yang dipunyai didunia ini dipinjamkan Allah SWT
  • Para ulama' tasawuf cukup cermat apabila mengerjakan ibadah sunnat. Hati mereka bersih untuk mengerjakan ibadah.
  • Apabila melakukan ibadat, seorang mukmin hendaklah membulatkan ibadah itu semata- mata kerana Allah SWT.
  • Tasawuf melatih jiwa melakukan ibadat secara sempurna kerana Allah SWT.
  • Outcome tasawuf adalah untuk memperbaiki amal ibadah dengan sebaik mungkin. Tujuan melakukan ibadah ditumpukan akan keredhaan Allah SWT. Agar mencapai kejayaan diakhirat kelak.
  • Tasawuf merupakan ilmu yang dapat membantu sesaorang mukmin agar mencapai kejayaan dihari akhirat kelak.
  • Membersihkan akhiratnya melebehi daripada bersihkan dunianya.
  
Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809