Ustaz Shamsuddin 090214

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda
  • Ibadat yang dikerjakan
    • Ada yang banyak
    • Ada yang sedikit
  • Jadi ibadat yang banyak
    • Kekallah ia banyak
    • Jangan ia menjadi sedikit
  • Malah ibadat yang sikit
    • Boleh mendapat banyak ganjarannya
  • Hati memain peranan
    • Hati yang zuhud amal yang sedikit pun mendapat ganjaran yang banyak
    • Tetapi hati yang cintakan dunia ganjaran akhiratnya pula akan sedikit
  • Kualiti ibadat itu diukur daripada ganjaran akhiratnya
    • Ganjaran akhirat yang banyak boleh diperolehi walaupun ibadahnya sikit
    • Tetapi sebaliknya ada ibadah yang mendapat ganjaran yang sedikit walaupun dilakukan dengan banyak sekali
    • Faktor utama adalah niat...
      • Niat kerana Allah SWT akan mendapat ganjaran yang banyak
      • Niat kerana mendapat ganjaran didunia maka ganjaran akhiratnya sedikit sahaja
  • Apabila mengerjakan ibadat maka hendaklah dilakukan kerana Allah SWT
    • Yakin akan pertemuan kita dengan NYA dihari akhirat kelak
    • Yakin akan janji NYA akan pahala dan dosa
    • Yakin juga akan pembalasan dihari akhirat
  • Sekira ibadat yang dilakukan apabila tersangkut kepada dunia maka ganjaran akhiratnya adalah sikit
    • Melakukan ibadat dengan harapan dipuji dan diberi pangkat
    • Mengutamakan hal keduniaan daripada mentaati perintah agama
    • Prioriti duniawi lebih daripada akhirat
  • Ibadat yang dilakukan  dengan ikhlas kualiti ibadat itu tinggi
    • Ikhlas adalah melakukan ibadah bersungguh kerana Allah SWT
  • Ibadah para sahabat adalah contoh yang baik
    • Amal mereka sedikit tetapi kualitinya sungguh tinggi
    • Kerena kezuhudan mereka juga tinggi
    • Dunia bagi mereka tidak tersangkut dihati mereka
    • Iman Saidina Abu Bakar tiada tandingan melainkan para Nabi SAW
  • Amal soleh hendaklah dilakukan
    • Dengan ikhlas
    • Tidak bercampur dengan riyak sedikitpun ataupun apa- apa ganjaran dunia
    • Memfokuskan amal dan ibadah dilakukan semata- mata kerana mendapat keredhaan Allah SWT
    • Kecintaan kepada dunia diibaratkan mempunyai puteri iblis didalam hatinya
  • Dihari akhirat kelak sesiapa yang hatinya zuhud akan bergembira. Mendapat ganjaran yang berlipat ganda
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914