Ustaz Yussuf 020314

Kuliah Subuh
  • Manusia jika tidak mahu mengikut ajaran agama adalah petanda akan datangnya kemusnahan
  • Hari ini dimerata tempat didalam dunia ini terjadi berbagai kezaliman dan penganaiyaan
  • As Syahid Imam Hassan Al Bana satu ketika dulu menyeru umat Islam supaya kembali kepada Quran dan Hadith
  • Dinegara ini, Malaysia, terdapat golongan cerdik pandai yang cuba menidakkan peranan Rasulullah SAW didalam membawa pertunjjuk kepada manusia. Mereka sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa peranan Rasulullah SAW tidak penting didalam agama Islam. Mentafsirkan Al Quraan tidak perlu merujuk kepada haadith.
  • Didalam sejarah Islam terdapat ramai pemimpin yang berjuang mempertahankan kesucian agama Islam. Daripada para sahabat, tabiein, serta imam- imam dan para ulama setiap generasi sehinggalah ulama ketemporari hari ini.
  • Surah Fathir, Ayat 15
    (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
  • Surah An Nisa', Ayat 28
    Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
  • Ayat ayat diatas memberi gambaran betapa lemahnya manusia. Maka janganlah manusia ingat yang dia melebihi hukum Allah SWT
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914