Ustaz Rahmatullah 130120
Kuliah Maghrib ✓ Mengingati mati boleh menghindarkan diri daripada sikap membuang masa. Sedarlah bahawa tujuan kita adalah akhirat. Mati itu adalah satu kepastian. ✓ Orang yang beriman mencari bekalan semasa didunia lagi untuk dibawa ke akhirat nanti. ✓ Kehidupan didunia ini adalah sekejap sahaja jika dibandingkan dengan kehidupan kita selepas mati. ✓ "Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetap akan menemui kamu, kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Maka Dia akan memberitahu kamu akan apa yang pernah kamu kerjakan." (Surah Al-Jumu'ah : 8). ✓ Menghadapi mati itu tidaklah menjadi isu. Tetapi selepas mati itulah yang menjadi tanya tanda yang besar. Adakah kita dapat pergi ke syurga atau neraka. Bekalan semasa hidup didunia ini adakah cukup? ✓ "Janganlah salah seorang di antara kalian berangan-angan untuk mati karena musibah yang menimpanya. Kalau memang harus berangan-ang...