Ustaz Osman 050120

Kuliah Maghrib

✓ Allah SWT menjadikan telinga adalah untuk kebaikan.

✓ Mendengar akan perkara yang baik. Tidak digunakan untuk memporak perandakan masyarakat. Menggunakan telinga untuk menyampaikan berita 'fake' kepada orang lain.

✓ Banyak pahala apabila seseorang itu mendengar bacaan Al Quran dan menghadiri majlis ilmu.

✓ Apabila mendengar ilmu tertentu digunakan untuk mengerjakan amal kebajikan. Maka pihak tersebut mendapat pahala yang berlipat ganda.

✓ Nikmat pendengaran itu lebih baik daripada nikmat penglihatan.

✓ Maka perlulah sesaorang itu bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat pendengaran. Dengan menggunakannya dengan cara yang diredhai NYA.

✓ Jauhilah daripada menggunakan nikmat tersebut daripada melakukan mengumpat. Juga melakukan perkara bermuka muka serta memfitnah.

✓ Agama melarang seorang mukmin daripada mendengar pertengkaran dan bidaah. Juga dilarang mendengar suara nyanyian perempuan dan lelaki muda yang boleh menaikkan syahwat.

✓ Ada beberapa alat musikal yang dilarang. Tetapi ada kekhilafan didalam perkara ini. Yang dilarang adalah muzik yang boleh melalaikan dan 'influence' kearah kemungkaran.

✓ Mendengar perkara yang keji dapat mempengaruhi hati. Akan menyusahkan sesaorang itu daripada melakukan ibadah. Bahaya perkataan itu terkesan lama didalam minda dan hati.

✓ Ada perkataan yang menimbulkan was-was didalam hati. Ini akan merosakkan amalan seseorang itu. Terutama menggangu sesaorang itu untuk khusyuk di dalam solat.

✓ Diakhirat nanti sesaorang itu akan disoalkan akan kegunaan telinga. Adakah untuk kebaikan atau untuk kejahatan.

✓ Lidah juga merupakan nikmat Allah SWT kepada manusia. Maka perlulah orang yang beriman menggunakan lidah untuk perkara-perkara yang baik. Serta menjauhkan diri daripada bertutur perkara yang mungkar.

✓ Gunakanlah kebolehan bertutur itu untuk beribadat. Juga untuk melafazkan akad didalam berjual beli, kontrak dan perjanjian yang lain. Jaga pertuturan daripada digunakan didalam melakukan dosa. Seperti berdusta, menyakiti hati orang lain, menipu dan lain-lain perkara yang mungkar.

✓ Berbohong boleh menyakiti orang lain. Melazimi atau kerana tutur dusta saksi boleh dijatuhkan sesaorang yang tak bersalah hukuman yang berat.

✓ Wassalam.

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914