Ustaz Fazrul 049120

Kuliah Subuh

✓ Hidayah penting kepada orang yang beriman. Seperti oksigen penting untuk kehidupan manusia.

✓ ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
✓  Surah Al Baqaroh ayat kedua : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

✓ Perkataan HUDA membawa maksud sebagai petunjuk

✓ Sebelum ayat ini terdapat ayat...Alief Lam Min didalam surah Al Baqaroh. Yang maksudnya tidak diketahui oleh manusia. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Ini satu pengajaran bagi manusia. Satu mindset. Kita didalam banyak perkara tidak mengetahui melainkan dengan bantuan NYA.

✓ Orang beriman selalu merendah diri...

✓ Begitu juga dengan iman. Jalan yang benar. Jalan yang lurus adalah dengan bantuan Allah SWT. Orang yang mendapat hidayah itulah yang berada dijalan yang lurus.

✓ Al Quran ini adalah kitab daripada Allah SWT. Hidayah daripada NYA untuk manusia.

✓ Bagi orang yang beriman, tidak ada keraguan didalam Al Quran. Satu petunjuk.

✓ Petunjuk daripada Allah SWT itu merupakan 'hadiah' kepada orang yang beriman dan bertakwa.

✓ Sebagai seorang yang beriman hendaklah selalu berdoa agar Allah SWT memberinya petunjuk didalam setiap sudut kehidupan nya.

✓ Menghindari diri daripada masaalah didalam kehidupan ini.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914