Hj Yasim Mohamed 110120

Kuliah Maghrib

✓ Para mukmin hari ini perlu mencari kaedah bagaimana membangun kegiatan ekonomi masyarakat Islam dinegara ini.

✓ Kegiatan ekonomi umat Islam perlulah menepati hukum syariat. Supaya mendapat keberkatan Allah SWT.

✓ Kegiatan ekonomi umat mukmin hendaklah halal disetiap segi.

✓ Kesedaran masyarakat hendaklah diperluaskan akan kepentingan memilih yang halal sahaja disetiap jual beli.

✓ Komunikasi hendaklah dipertingkatkan agar masyarakat mukmin memilih produk buatan Muslim. Produk halal. ' Buy Muslim First'.

✓ Perlulah ada perubahan paradigma umat muslim untuk sedar bahawa dia sebagai pengguna perlulah memainkan peranannya untuk memperkasakan ekonomi orang Islam.

✓ Sedar bahawa peniaga-peniaga bukan muslim tidak membawa produk muslim didalam inventori perniagaan mereka.

✓ Hari ini peniaga muslim terpaksa bergantung 'supply chain' perniagaannya kepada pemborong bukan muslim. Kebarangkalian pembekal tersebut mengenakan harga seunit yang tinggi.

✓ Pasaraya umat muslim adalah terhad. Jadi 'outlet' untuk produk muslim itu sangat terhad.

✓ Sekiranya setiap surau/masjid menubuhkan kedai koperasi maka akan bertambahlah saluran "outlet' produk muslim halal.

✓ Kekuatan ekonomi didalam satu masyarakat itu penting. Jika umat Islam tidak dapat membangunkan kekuatan ekonomi maka akan berisiko didiskriminasikan oleh agenda tertentu orang bukan Islam.

✓ Ada peniaga-peniaga bukan muslim yang tidak bertanggungjawab. Menggunakan logo yang mengelirukan. Contohnya bihun cap masjid yang proses kilangkan nya tidak bersih. Ada produk yang dilabel sebagai halal tetapi dikeluarkan dikilang yang terletak didalam ladang membiak babi. Makanan ringgan dinamakan ' Muruku chop Nora' tetapi dikeluarkan oleh kilang Non Muslim.

✓ Dinegara ini pihak mukmin merupakan pengguna yang majoriti. Tetapi perniagaan yang mengeluarkan produk yang digunakan oleh masyarakat muslim adalah terdiri daripada peniaga-peniaga bukan Islam.

✓ Bagi menjamin kehalalan sumber makanan dan kegunaan yang lain perlulah ada satu perubahan didalam bidang ekonomi umat Islam. Hendaklah digemblingkan kuasa pembeli umat Islam bagi menjana kekuatan ekonomi muslim.

✓ Setiap anggota jemaah muslim didalam masyarakat perlulah berkempen kepada sahabat dan keluarga masing-masing untuk membeli produk buatan orang Islam.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914