Ustaz Shamsuddin 120120

Kuliah Subuh

✓ Allah SWT lebih dekat dengan hambaNYA dari diri hamba itu sendiri. Tetapi DIA juga memerintahkan hamba itu berdoa kepada NYA.

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Qaaf : 16).

Allah berfirman, Berdoalah kepada-Ku, pasti akan Aku kabulkan (QS. Al-Mumin : 60).

✓ Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi kepada hamba NYA. Jadi kenapa DIA memerintahkan hamba itu berdoa kepada NYA?

✓ Jadi apabila hamba itu berdoa dan dimakbulkan doa tersebut. Persoalannya adakah pemberian itu kerana ia dipohonkan oleh hamba NYA. Bukankah Allah SWT telah tahu apa yang akan berlaku kepada hamba itu?

✓ Jadi peranan doa bukanlah kerana hendak memohon sesuatu kepada Allah SWT. Tetapi hakikatnya apabila hamba itu berdoa ia menunjukkan bahawa dia adalah seorang hamba yang memohon kerana kebesaran NYA.

✓ Berdoa adalah satu ibadah yang sesaorang hamba hendak melahirkan perasaan kehambaan nya kepada Allah SWT.

✓ Sesaorang mukmin yang mengenal tuhannya apabila dia berdoa lain peranan doa tersebut daripada orang yang tidak mengenal Tuhan nya.

✓ Apabila kita mengenal Allah SWT. Tahu akan betapa besar kuasa NYA. Betapa hebat NYA. Betapa tinggi pengetahuan NYA. Betapa kasih NYA kepada hamba NYA. Maka berdoanya sesaorang yang beriman adalah untuk menzahirkan betapa kecilnya, kerdilnya, hinanya, lemahnya dirinya dihadapan Penciptanya.

✓ Apabila seseorang yang beriman berdoa kepada NYA maka akan dimakbulkan doa tersebut. Tetapi cara dan masa termakbulnya doa itu ditetapkan Allah SWT. Pada hakikatnya makbul doa tersebut bukan kerana hamba itu meminta kepada NYA. Dia maha mengetahui. Tetapi apabila hamba itu meminta ia menzahirkan sikap nya sebagai hamba yang lemah dan hina. Itu lah nilai sesebuah doa hamba kepada Rabb nya.

✓ Surah Mukmin ayat 60: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

✓ "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan bila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan?" (QS. An Naml, 62)


✓ Adab sesaorang berdoa kepada Allah SWT perlulah dijaga dengan sebaik baiknya. Kualiti doa yang tinggi adalah apabila seseorang itu berdoa dia menunjukkan Ubudiyyah nya kepada Rabb nya. Tawakkal kepada Allah SWT.

✓ Sekiranya doa itu telah dimakbulkan maka hendaklah dia bersyukur. Jika belum di makbulkan hendaklah dia bersabar dan terus berdoa. Hati dan jiwa seorang hamba hendaklah menerima segala ketetapan yang terjadi keatas dirinya. Tawakkal kepada Allah SWT.

✓ Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914