Ustaz Yahya 040120

Kuliah Maghrib

✓ Ahli tasawuf melalui berbagai jalan untuk menuju kepada Allah SWT. Jalan untuk mengenal akan DIA.

✓ Jalan untuk menuju kepada NYA adalah dengan kehendak NYA. DIA yang memilih hamba hamba NYA untuk memberi sesuatu anugerah. Hidayah itu kepunyaan Allah SWT.

✓ Orang yang beriman dan beramal Soleh akan menemui berbagai ujian didalam perjalanannya untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

✓ Mendapat celaan daripada musuh musuh Islam adalah satu ujian kepada orang yang beriman. Mereka orang orang yang jahil akan mencerca akan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang beriman.

✓ Ada para ulama' yang besar menghadapi cercaan daripada orang yang berilmu. Sifat dengki juga terdapat pada orang orang alim yang telah tersasar.

✓ Yang melakukan perkara tersebut ada juga daripada sahabatnya. Ini lah jalan yang susah yang dihadapi oleh para ulama' besar.

✓ Ujian yang mereka hadapi begitu besar sekali untuk menemui jalan menuju kepada Allah SWT. Ujian ini datangnya daripada NYA.

✓ Jalan yang ditempuh oleh  para sahabat Baginda Rasulullah SAW itu begitu sukar sekali. Nilai iman yang mereka perolehi terpaksa dibayar dengan harta, keluarga, tenaga, kesakitan dan nyawa. Inilah mereka yang telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

✓ Didalam Al Fathihah kita memohon Allah SWT memberi kita jalan orang-orang yang pendapat pertolongan NYA. Mereka ini lah jalan para sahabat.

✓ Para Sahabat adalah contoh yang terbaik manusia yang mendapat hidayah untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah SWT. Didalam Al Quran tercatit yang Allah SWT telah mengiktiraf kehambaan para sahabat. Ini merupakan anugerah yang tertinggi selain daripada para Anbiya.

✓ Selepas zaman para sahabat, ulama' ketika itu juga berusaha mencari jalan yang terbaik untuk mendapat jalan yang diredai Allah SWT. Mereka terpaksa mencari konsep yang berlainan daripada para Sahabat.

✓ Konsep para tabiin ini berasas kepada Syukur. Mengikhlaskan diri daripada semua yang lain selain daripada Allah SWT. Mereka berusaha untuk membersihkan dirinya sehingga segala apa yang dilakukan adalah kerana NYA.

✓ Para ulama' ini mengambil pelajaran daripada peristiwa yang menimpa para Nabi. Didalam peristiwa Nabi Ibrahim ketika hendak dibakar oleh raja yang zalim dia diminta oleh Jibrail memohon pertolongan Allah SWT. Baginda enggan kerana malu. Yang dia seolah tidak yakin dengan Allah SWT.

✓ Para sahabat dan tabiin apabila mereka melakukan amal yang soleh dia tidak langsung terasa cukup jika dibandingkan dengan nikmat yang Allah SWT beri kepada  mereka.

✓ Mereka malu dengan Allah SWT. Nikmat yang Allah SWT beri kepada mereka tak setanding lansung dengan amal yang mereka kerjakan.

✓ Ahli Tariqah Riadah merupakan ulama' yang muncul tiga kurun selepas baginda Rasulullah SAW. Mereka mencari jalan untuk dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT sebagaimana para sahabat dan tabiin.

✓ Cara mereka adalah dengan bersuluh dan sebagainya. Disinilah munculnya gerakkan para ahli sufi dikalangan ummah.

✓ Ahli sufi ini berusaha bersungguh melapangkan jiwa mereka daripada duniawi semata-mata menumpu kepada Allah SWT agar mereka mendapat keredhaan Allah SWT.

✓ Para ulama ini ada yang mendapat anugerah Allah SWT dari segi membersihkan diri daripada nafsu dan kecintaan duniawi. Tetapi anugerah ini tidaklah sama seperti apa yang dianugerahkan Allah SWT kepada para anbiya dan para sahabat.

✓ Diakhir zaman ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa umat nya akan kembali kepada jalan Baginda SAW.

✓ Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914