Ustaz Firdhaus 110120

Kuliah Subuh

✓ Rasulullah SAW Sebagai ketua negara Islam tidak suka berperang. Tetapi orang- orang kafir yang memerangi umat Islam.

✓ Pada hari ini pun orang- orang kafir memerangi umat Islam. Ini akan berterusan hinggalah kehari Qiamat.

✓ Rasulullah SAW berperang untuk mempertahankan kebebasan manusia untuk kembali ke agama yang bertauhid kepada Allah SWT.

✓ Orang Quraish semasa menuju ke Madinah hendak memerangani Baginda Rasulullah SAW Dengan sombong sekali. Tetapi apabila mereka kalah di Badar mereka masuk kembali ke Mekah dengan perasaan malu dan hina.

✓ Setelah tentera orang mukmin mencapai kemenangan, Rasulullah SAW menghantar dua orang sahabat untuk menyampaikan berita kemenangan peperangan Badar. Ketika itu pihak puak menafik menyebar berita yang pihak mukmin telah kalah. Dengan berita kemenangan itu orang Madinah telah tahu kebohongan munafik .

✓ Pembagian harta rampasan juga membawa perselisihan sesama para sahabat. akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan agar harta rampasan dikumpulkan dan dibahagikan sendiri oleh Baginda mengikut Al Quran.

Surah Anfaal ayat 1: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman".

✓ Ada juga tentera Quraish yang ditawan. Mereka dibebaskan sekiranya mereka mengajar seorang orang mukmin menulis dan membaca.

✓ Untuk memperingati orang yang beriman setelah menang dipeperangan Badar agar mereka lebih kuat imannya.

Surah Anfaal 26. Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914