Usta Fazrul Ismail 120120

Program tadabur Al Quran

✓ Quran dapat memberi penyelesaian kepada manusia dari berbagai aspek
• Fizikal
• Intelek
• Rohani
• Emosi

✓ Surah Yassin merupakan qalbu Al Quran

✓ Selalu dibacakan kepada orang yang sedang sakit dan menuju kesakarat maut

✓ Sekiranya orang tersebut selalu menghayati surah Yassin maka mendengar surah tersebut ketika sakaratul maut maka ia akan memberi kesan yang positif.

✓ Surah Yassin merupakan surah yang terdapat ayat-ayat yang berunsur kepada dakwah.

✓ Kalimah Yassin maksudnya hanya Allah SWT yang tahu. Kita tidak tahu. Ada juga ulama yang menyatakan Yassin merupakan nama Rasulullah SAW.

✓ Ayat pertama surah ini iaitu 'Yassin' ini memberi satu reset Minda kepada manusia yang beriman yang dia banyak yang tidak tahu. Banyak perkara yang dia hendak lakukan mengajak keluarga dan sahabat kejalan Allah SWT tetapi tidak semuanya berjaya. Banyak perkara yang kita tidak tahu.

✓ Ya Sin 36:2

وَٱلْقُرْءَانِ ٱلْحَكِيمِ

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

✓ Untuk mendapat hikmah daripada surah ini perlu diulang beberapa kali.

✓ Untuk menjadi seorang yang bijak perlulah membaca AL Quran selalu. Supaya hidupnya dipandu oleh Al Quran.

✓ Surah ini diturunkan di Mekah ketika Rasulullah SAW menghadapi cabaran daripada puak musyrikin. Supaya menjadi petunjuk kepada Baginda Rasulullah SAW Bagaimana hendak menangani masalah yang dihadapi.

✓ Ya Sin 36:3

إِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,

✓ Ayat diatas Allah SWT menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah salah saorang daripada rasul rasul NYA.

✓ Sekiranya orang musyrikin Mekah tidak menerima kerasulannya, ayat diatas menegaskan kepada baginda yang dia tetap seorang rasul. Jangan berputus asa didalam menyebar risalah Islam.

✓ Ya Sin 36:4

عَلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).

✓ Para rasul mereka tetap diatas jalan yang lurus, diatas jalan yang benar.

✓ Risalah Baginda Nabi Muhammad SAW Sama seperti risalah rasul rasul yang lalu. Sama mesej nya.

✓ Ya Sin 36:5

تَنزِيلَ ٱلْعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ

Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

✓ Perkataan 'Tanzil' bermaksud anugerah. Quran ini adalah anugerah yang besar dan mulia  daripada Allah SWT.

✓ Tegas yang Quran ini datangnya daripada kuasa segala kuasa. Tidak ada kuasa yang dapat menandingi kuasa NYA.

✓ Ar Rahim, yang memberi Quran ini kepada manusia. Sebagai Rahmat daripada NYA.

✓ Ya Sin 36:6

لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمْ فَهُمْ غَٰفِلُونَ

Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.

✓ Peringatan bahawa ada amalan yang lalu yang tidak betul.

✓ Ya Sin 36:7

لَقَدْ حَقَّ ٱلْقَوْلُ عَلَىٰٓ أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

✓ Amaran Allah SWT pasti berlaku. Maka sebagai orang yang beriman hendaklah selalu mengambil peringatan. Sekiranya tidak mahu diturunkan Bala'.


✓ Ya Sin 36:8

إِنَّا جَعَلْنَا فِىٓ أَعْنَٰقِهِمْ أَغْلَٰلًا فَهِىَ إِلَى ٱلْأَذْقَانِ فَهُم مُّقْمَحُونَ

Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

✓ Penyakit sombong akan menyusahkan diri seseorang itu.

✓ Ya Sin 36:11

إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّكْرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحْمَٰنَ بِٱلْغَيْبِۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ

Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

✓ Anugerah Allah SWT yang mengikut jalan NYA...

• Keampunan. Menutup segala dosa dosa yang lalu.
• ganjaran yang mulia

✓ Ya Sin 36:12

إِنَّا نَحْنُ نُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا۟ وَءَاثَٰرَهُمْۚ وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَٰهُ فِىٓ إِمَامٍ مُّبِينٍ

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

✓ Mati disini boleh ditafsirkan sebagai hati yang mati. Didalam konteks dimana masyarakat yang negatif, seorang mukmin hendaklah yakin bahawa Allah SWT mempunyai kerajaan yang dapat menghidupkan hati yang mati daripada beriman kepada NYA.

✓ Allah SWT akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang melakukan kebaikan untuk menjurus kejalan yang diredhai NYA

✓ Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914