Ustaz Rahmatullah 130120

Kuliah Maghrib

✓ Mengingati mati boleh menghindarkan diri daripada sikap membuang masa. Sedarlah bahawa tujuan kita adalah akhirat. Mati itu adalah satu kepastian.

✓ Orang yang beriman mencari bekalan semasa didunia lagi untuk dibawa ke akhirat nanti.

✓ Kehidupan didunia ini adalah sekejap sahaja jika dibandingkan dengan kehidupan kita selepas mati.

✓ "Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetap akan menemui kamu, kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Maka Dia akan memberitahu kamu akan apa yang pernah kamu kerjakan." (Surah Al-Jumu'ah : 8).

✓ Menghadapi mati itu tidaklah menjadi isu. Tetapi selepas mati itulah yang menjadi tanya tanda yang besar. Adakah kita dapat pergi ke syurga atau neraka. Bekalan semasa hidup didunia ini adakah cukup?

✓ "Janganlah salah seorang di antara kalian berangan-angan untuk mati karena musibah yang menimpanya. Kalau memang harus berangan-angan, hendaknya dia mengatakan, "Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku. Dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku." (HR. Bukhari no. 6351, 5671 dan Muslim no. 2680)

✓ Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

✓ "Bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, apabila mulai berbaring di tempat tidurnya membaca: "Allaahumma Bismika Ahyaa waamuutu" (Ya Allah, dengan Nama-Mu, aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati). Dan apabila bangun, beliau membaca: "Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba'da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur" (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan)." (Hadis Riwayat Muslim)

✓ Para ulama dimasa lalu banyak menulis kitab. Kerana mereka.hendak meninggalkan amal jariah. Mereka selalu mengingati mati.

✓ Renunglah orang-orang yang hebat. Semua nya juga telah menemui mati. Yang berilmu juga mati. Yang kaya juga mati. Yang ada kuasa juga mati.

✓ Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab shahihnya dari hadith Dari Anas bin Malik RA bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:

" Si mati itu diikuti oleh tiga golongan. Akan kembali dua golongan dan satu golongan akan tetap menemaninya. Dia akan diikuti oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Maka keluarga dan hartanya akan kembali pulang sementara amalnya akan tetap     menemaninya ". 

✓ Pesanlah kepada diri sendiri agar memperbaiki amalan diri kerana ajal sudah dekat. Ingat bagaimana akan bertemu dengan keluarga yang telah mati.

✓ Berjayalah orang yang beriman jika dia selalu mengingati mati. Jaga masa yang terluang tanpa melakukan ibadat.

✓ Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914