Ustaz Farid Subang 230220
Kuliah Maghrib ✓ Allah SWT menganugerahkan nikmat kepada hambaNYA. Berbagai nikmat. Rasulullah SAW menyatakan bahawa disebalik nikmat yang sesaorang hamba menikmati pasti ada orang yang akan memusuhi kamu. ✓ Maka tidaklah perlu diwar warkan nikmat tersebut. Lebih baik berdiam. Supaya tiada dimusuhi. ✓ Sekiranya orang yang memusuhi kita berdepan dengan kita itu tidaklah menjadi isu sangat. Tetapi yang bermusuh kita secara berdiam. ✓ Para sahabat tanya Baginda SAW, siapakah yang memusuhi kita? Baginda menyatakan orang yang memusuhi kita adalah mereka yang didalam hatinya ada penyakit hasad dan dengki. ✓ Kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana dengki. Allah SWT menerima qurban Habil. Menolak qurban Qabil. Sakit hati Qabil kepada saudaranya. Sehingga sanggup membunuh Habil. ✓ Iblis dihalau keluar daripada syurga kerana enggan sujud hormat kepada Adam. Sikap sombong dang dengkinya kepada Adam sehingga dia sanggup bersanggah dengan perintah Allah SWT. ✓ Kerana sifat hasad dan dengki tel...