Ustaz Ghazali Omar 040220

Kuliah Maghrib

✓ Kejayaan sesaorang yang beriman adalah didalam solatnya. Solat yang khusyuk.

✓ Ketika bersolat hendaklah menjauhkan diri didalam environment yang menggangu kekhusyukan sesaorang ketika bersolat.

✓ Didalam menjalankan ibadah hendaklah dilakukan dengan mengikut hukum fiqah.

✓ Perlulah belajar dulu sebelum melakukan ibadat. Mesti yakin apa yang rukun, apa yang wajib, apa yang haram dan harus.

✓ Pada zaman Salaful Soleh diyatakan jika sesaorang yang ketika solat itu tahu siapa yang disebelahnya, menunjukkan yang dia tidak khusyuk.

✓ Anak kepada Saidina Husin cucu Baginda SAW bernama Ali. Satu hari ketika dia bersolat rumahnya terbakar. Orang ramai datang membantu. Tapi mereka dapati si Ali ini masih terus bersolat. Bila dia habis solat ditanya. Dia menyatakan yang ia tidak sedar. Malah dia fokus akan api neraka dia tidak sedar akan api di kelilingnya. Begitu khususnya ketika solatnya.

✓ Orang yang beriman hendaklah menjadikan solat itu satu keutamaan didalam kehidupannya. Barulah solat itu dapat menjadikan dirinya hebat

✓ Sahabat Rasulullah SAW memberi keutamaan akan khusyuk didalam solat. Ada seorang sahabat yang terleka ketika solat kerana ada burung burung didalam kebunnya. Apabila dia sedar akan kelekaan. Dia terus menginfaqkan kebun tersebut.

✓ Bagi orang yang beriman hendaklah dijadikan prioriti utama didalam hidupnya adalah solat.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914