Ustaz Ibnu Hubain 140220

Kuliah Maghrib

✓ Dunia hari ini dilanda wabak Corona Virus
    • Terjadi dengan izin Allah SWT
    • Menunjukkan kuasa Allah SWT
    • Membenarkan sabda Rasulullah SAW
    • Wabak adalah tanda kecil kiamat

✓ Tanda tanda kecil kiamat
    • Wanita lebih banyak daripada lelaki
    • Ibu melahirkan tuan nya
    • Berlumba bina bangunan pencakar langit
    • Ramai golongan wanita bekerja
    • Kurang memberi salam sesama muslim
    • Wabak yang berkala

✓ Ada juga orang dinegara kita yang mengagungkan ilmu Ma'rifat. Hingganya ada yang memperkecilkan hukum syariat.

✓ Walhal tidak dapat sesaorang itu mendekati Allah SWT tanpa beramal dengan hukum syariat. Agama itu perlu kepada ilmu. Tanpa ilmu rosaklah agama sesaorang itu.

✓ Agama tidak boleh diamalkan dengan menggunakan logik akal semata-mata. Orang yang pertama membawa berhala didalam Kaabah adalah asalnya seorang yang beramal dengan syariat Nabi Ismail. Tetapi tanpa ilmu yang mantap, serta nafsu yang digoda oleh syaitan maka dia menyembah berhala. Kerana dia, ramai orang lain menyembah berhala. Sehingga kedatangan Rasulullah SAW Yang menghapuskan semua berhala yang ada dikeliling dan didalam Kaabah.

✓ Oleh kerana kurangnya ilmu maka ada yang percaya akan ajaran yang sesat ini. Ada individu individu yang mengambil kesempatan diatas kejahilan orang lain. Memesong orang lain semata-mata untuk memenuhi nafsunya yang sesat oleh syaitan.

✓ Agama Islam sama sekali tidak menerima fahaman yang niat dapat menghalalkan cara. Dalam Islam niat dan cara hendaklah mengikut hukum syariat.

✓ Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914