Ustaz Azman 160220

Kuliah Subuh

✓ Ciri orang yang beriman adalah dia yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak dengan Allah SWT dan juga dengan sesama manusia.

✓ Solat yang sempurna dapat membuahkan akhlak yang baik.

✓ Ada yang bersolat kerana terpaksa. Takutkan neraka. Berkehendakkan syurga. Mereka melakukan solat kerana berhajatkan sesuatu yang lain. Maka tidak menghasilkan manusia yang tinggi akhlaknya.

✓ Kadangkala bila kita berjumpa dengan manusia yang kita kasihi persediaan nya bukan main lagi tersusun. Tetapi apabila hendak melakukan solat persediaannya tidak lah sepertimana hendak berjumpa manusia.

✓ Sekiranya jika ada temu janji dengan orang yang dikasihi serta berpangkat persiapannya awal. Selalunya sampai awal sebelum waktu. Tetapi bagaimana temu janji dengan Allah SWT. Adakah solat yang dilakukan menepati masa. Menunggu masuk waktu solat.

✓ Adakah solat yang dilakukan kerana kasih kepada sang pencipta. Rindu untuk berjumpa NYA diakhirat kelak. Selalu mengingati NYA. Patuh dan taat akan segala perintah NYA.

✓ Seorang yang beriman bila dia bersolat hendaklah dilakukan dengan sebaiknya. Bagaikan hendak berjumpa dengan kekasih yang Agung. Ketika bersolat khusyuk.

✓ Solat dengan penuh adab. Tertib. Dan penuh kekhusyukkan. Lakukan solat kerana kasihkan Allah SWT bukan kerana terpaksa.

✓ Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914