Ustaz Zamri Akademi Sinergi 160220

Tadabur Al Quran

✓ Surah Ad Dhuhaa

93:1

وَٱلضُّحَىٰ

Demi waktu dhuha,


93:2

وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

93:3

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

✓ Buat seketika wahyu terputus. Orang kafir mengambil kesempatan untuk menghina Rasulullah SAW. Jadi ayat ini merupakan satu affirmation dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

✓ Begitu jugalah bagi orang yang beriman. Bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan kita.

✓ Ad-Dhuhaa 93:4

وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Ad-Dhuhaa 93:5

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.


✓ Satu memotivasikan seseorang didalam perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.


93:6

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?


93:7

وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?


93:8

وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

93:9

فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya


✓ Perlindungan Allah SWT terhadap Baginda SAW. Begitu juga dengan orang yang beriman. Jika diingat kembali betapa banyak rahmat NYA.

✓ Sebagai seorang muslim diingatkan akan tanggungjawab terhadap anak anak yatim.


93:10

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

93:11

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

✓ Surah Al Inshirah

Ash-Sharh 94:1-8
(1) أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
(2) وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
(3) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ
(4) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
(5) فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
(6) إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
(7) فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
(8) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب


(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

✓ Ayat ini diturunkan semasa Baginda SAW mendapat tekanan daripada kaum Quraisy. Yang sebelum ini kaumnya menghormatinya.

✓ Allah SWT menyatakan bahawa sebesar mana ujian yang dihadapi Baginda SAW, DIA menganugerahkan baginda kelapangan dada.

✓ Setiap ujian itu ada penyelesaiannya. Bantuan Allah SWT tetap datang.

✓ Teruskan sahaja amalan yang Soleh. Jangan cepat berpuas hati.

✓ Surah At-Tin 95:1-8

(1) وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ
(2) وَطُورِ سِينِينَ
(3) وَهَٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ
(4) لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
(5) ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ
(6) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
(7) فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ
(8) أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَٰكِمِينَ


(1) Demi buah Tiin dan Zaitun,
(2) Dan Gunung Tursina,
(3) Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
(4) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
(5) Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
(6) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
(7) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
(8) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

✓ Sumpah Allah SWT keatas perkara yang empat ini bersangkut dengan Nabi Nabi Ulul Azmi.

✓ Bahawa manusia dicipta dengan baik. Dan yang terbaik sekali adalah rasul Ulul Azmi.

✓ Jika manusia tidak mengikut jalan yang dipertunjukkan oleh rasul rasul tersebut maka mereka manusia ini akan jatuh ke dalam keadaan yang hina.

✓ Kecuali orang yang beriman dan melaksanakan amalan yang Soleh. Serta percaya akan apa yang diciptakan Allah SWT adalah yang terbaik.

✓ Amal yang soleh adalah amal yang sentiasa diperbaikkan sehari demi sehari. Dan seterusnya.

✓ Jangan berdalih. Akhir nanti akan bertemu juga dengan Allah SWT

✓Wassalam



 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914