Ustaz Zamri Akademi Sinergi 020220

Tadabur Al Quran

✓ Pihak surau perlulah menyediakan satu platform untuk remaja

✓ Memahami apa yang dibacakan didalam solat akan menimbulkan kekhusyukan ketika bersolat.

✓ Al-Israa (17:1)

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Subhana allathee asra biAAabdihi laylan mina almasjidi alharami ila almasjidi alaqsa allathee barakna hawlahu linuriyahu min ayatina innahu huwa alssameeAAu albaseeru

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


http://go.muslimpro.com/U3iM

✓ Ayat diatas diturunkan pada tahun kelapan selepas turunnya ayat Al Quran yang pertama.

✓ Peristiwa Israk dan Mikraj adalah dimana solat difardukan. Sebelum ini masyarakat Islam diboikot di Mekah. Keadaan yang demikian sungguh memberi tekanan kepada orang Islam.

✓ Boikot itu berlarutan selama tiga tahun. Selepas boikot itu tamat, dua orang yang membantu agama Islam wafat. Iaitu Saidina Khalijah dan Abu Talib. Peristiwa ini dinamakan tahun kesedihan.

✓ Selepas itu Rasulullah SAW pergi berdakwah di Taif. Baginda dihalau dan disakiti oleh orang Taif. Selepas peristiwa ini Baginda dijemput ke Mikraj.

✓ Solat yang difardukan kepada baginda merupakan satu hadiah bagaimana orang-orang yang beriman dapat menghadapi kesusahan hidup.

✓ Al-Baqara (2:45)

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;


http://go.muslimpro.com/NkxG

✓ Didalam ayat diatas definisi solat adalah meminta pertolongan Allah SWT dengan sabar. Dikerjakan dengan khusyuk.

✓ Al-Ankaboot (29:45)

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


http://go.muslimpro.com/hdb8

✓ Sepatutnya mengerjakan solat menjauhkan masyarakat daripada maksiat. Tetapi hari ini kejadian pembuangan bayi, zina, ketagih dadah dan arak meningkat. Dimana salahnya. Periksa solat kita...

✓ Taa-Haa (20:14)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي


"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.


http://go.muslimpro.com/PDZj

✓ Didalam Al Quran terdapat 99 kali disebutkan solat.

✓ Surah Al Fatihah merupakan satu kewajipan didalam solat. Kenapa?

✓ Surah Al Fatihah merupakan sinopsis seluruh Al Quran.

✓Al-Faatiha (1:1)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

✓ Diajarkan kepada umat mukmin memulakan setiap perbuatan dengan kalimah ini. Supaya menghindarkan diri daripada perbuatan yang bermotifkan maksiat.

✓ Al-Faatiha (1:2)

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

✓ Setiap ketika mensyukuri akan nikmat Allah SWT. Dengan memuji NYA.

✓ Rab maksudnya menjaga. Jadi didalam ayat ini kita memuji Allah SWT kerana dia sentiasa menjaga sekelian alam ini. Termaksudnya diri kita.

✓ Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914