Ustaz Zamri Akedemik Sinergi 090220

Tadabur Quran

✓ Sad 38:29

كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

✓ Didalam ayat diatas Allah SWT menekankan bahawa Al Quran ini diturunkan kepada 'kamu'. Kamu disini adalah Muhammad dan juga umat Baginda. 'Kita' yang membacanya...

✓ Al Quran memberi satu penyelesaian didalam keadaan atau masaalah setiap manusia.

✓ Bagi orang-orang yang beriman perlulah Al Quran itu dijadikan rujukan didalam berbagai keadaan yang kita alami.

✓ Perlulah bertadabur dengan Al Quran. Mencari kenapa atau Allah SWT turunkan ayat ini.

✓ Bertazakur juga dengan nya. Ia itu mengambil tindakan segera akan apa yang dikehendakinya oleh ayat Al Quran.

✓ Dimulakan Al Quran ini 'Dengan nama Allah yang maha pemurah (Ar Rahman) lagi maha mengasihani (Ar Rahim).

✓ 'Rabil Alami' melingkungi segala apa sahaja didalam alam ini...

✓ Allah SWT memelihara segala proses dan sistem yang terdapat didalam alam ini. Dari yang sekecil atom hinggalah sebesar galaxi...

✓ Kasih sayang ibu kepada anaknya sudah besar. Semasa melahirkan anak kesakitan yang dialami adalah bersamaan dengan 57 DEL. Walaupun manusia biasa hanya dapat menahan 45 DEL maximum. Bila anak itu dilahirkan walaupun sakit nya ia tetap menyayangi anak tersebut. Tetapi kasih sayang Allah SWT itu MAHA besar. Tak dapat diukur oleh ukuran manusia.

✓ Rahmat Allah SWT itu tidak juga dapat diukurkan oleh manusia. Besar rahmatNya itu melebihi kemurkaanNya.

✓ Al-Fatihah 1:4

مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

✓ Diingati bahawa segala apa yang dilakukan tidak akan terlepas daripada pembalasan Allah SWT. Yang buruk dan juga yang baik.

✓ Al-Fatihah 1:5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

✓ Sebagai seorang hamba segala apa yang dilakukan adalah kepada 'Engkaulah sahaja' ya Allah...
• Ibadah ku
• Mohon pertolongan

✓ Al-Fatihah 1:6

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

✓ Permohonan yang paling penting. Memohon pertunjuk kejalan yang lurus.

✓ Al-Fatihah 1:7

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

✓ Nikmat yang di kehendaki adalah orang yang mengikut jalan Islam...

✓ Bukan jalan orang-orang yang dimurkai. Jalan golongan Yahudi. Sembunyikan kebenaran. Dan jalan orang yang sesat. Jalan orang Nasrani. Amal dengan tidak berlandaskan ilmu.

✓ Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914