Ustaz Ali 120220

Kuliah Maghrib

✓ Sesaorang mukmin hendaklah dia jadi orang yang ...
• Alim
• Berilmu
• Belajar
• Suka mendengar
• dan jauhi daripada tidak mempunyai apa apa perkara yang diatas.

✓ Adab seorang yang beriman, dia tidaklah terlalu seronok dengan duniawi. Tidak banyak ketawa didunia dengan harapan dia akan banyak ketawa diakhirat kelak. Takut didunia banyak ketawa 😁 tetapi diakhirat nanti banyak menangis😰.

✓ Ketawa berlebihan itu bukanlah sikap orang yang beriman. Malah mereka lebih banyak menangis kerana menyesal akan kesalahan yang lampau serta memohon ampun kepada Allah SWT akan dosa dosa yang telah lalu. Bila mana dia terfikir akan kesalahannya maka mereka cepat cepat memohon keampunan.

✓ Sesaorang yang beriman tidak bersikap sombong serta ' over confident'. Takut sekiranya Allah SWT Tidak menerima taubat mereka. Khuatir...

✓ Kehidupan didunia ini adalah pendek jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Maka orang yang beriman dia tidaklah membuang masanya didunia ini. Dia bersungguh-sungguh memenuhi hidupnya dengan amal yang soleh.

✓ Orang yang lalai semasa didunia akan menyesal selepas kematiannya
• Harta yang ditinggalkan tidak membantu nya diakhirat
• Bertangguh melakukan amal semasa didunia
• Mensia-siakan usianya melakukan amal, banyak dosa yang dibawanya.
• Ramai musuh yang tidak memaafkan kesalahan dan dosanya. Jadi terpaksa ditampung dengan pahala walaupun pahalanya itu sedikit.
• Allah SWT memurkai akan kehidupannya semasa didunia.

✓ Hati sesaorang menjadi keras...
• Ketawa tidak ditempat, waktu dan cara yang bersesuaian.
• Makan bukan kerana lapar
• Bercakap tanpa hajat

✓ Perlulah sesaorang yang beriman berhati-hati menjalani kehidupan seharian supaya selalu mengikut cara yang diminta oleh agama. Kerana setiap apa yang dikerjakan akan dicatit.

✓ Sesaorang yang berkata kata dengan lagha dengan membuat orang lain ketawa. Dia dan orang yang turut ketawa dengannya dilaknati Allah SWT. Disebaliknya jika dia berkata kata dengan perkara yang baik maka akan diberi pahala oleh Allah SWT.

✓ Hendaklah kita yang beriman berusaha untuk memperbanyakkan amalan yang Soleh . Agar menjadi bekalan diakhirat nanti.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914