Ustaz Dr Syahibuddin 120320

Kuliah Maghrib

✓ Orang beriman yang melakukan amalan bertaubat dan beristighfar akan bertambah keberkatan hidupnya.

✓ Keberkatan umur adalah orang yang panjang umur yang melakukan banyak kebajikan.

✓ Sebaliknya orang yang panjang umurnya tetapi amal kebajikannya sedikit sahaja. Maka orang sebegini hidupnya tidak diberkati.

✓ Keberkatan yang dicapai berbagai. Bukan secara peribadi sahaja tetapi juga diberkati masyarakat sekeliling. Hidup aman dan damai didalam  komuniti.

✓ Rezeki yang dicari jika diberkati Allah SWT membawa ketenangan kepada individu tertentu. Juga bahagia hidupnya.Merasa nikmat serta cukup.

✓ Orang yang beriman perlu mempunyai amalan yang membawa kepada syukur. Bersikap sederhana serta zuhud didalam kecintaan kepada dunia ini. Dia juga bertawaduk didalam kehidupan hariannya. Merendah diri, sedar diri sebagai manusia ada kelemahan dan kesilapan, tidaklah sempurna.

✓ Mempelajari ilmu adalah wajib keatas setiap mukmin. Sekira ilmu yang dipelajari itu diberkati tandanya...
• Ingatan yang kuat didalam ilmu itu
• Kefahaman yang dalam subjek tersebut
• Dapat beramal dengan apa yang dipelajari

✓ Beramal ibadah itu juga satu keberkatan didalam hidup. Orang yang dikasihi Allah SWT dia merasa seronok untuk melakukan ibadah.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914