Ustaz Yusuf 010320

Kuliah Subuh

✓ اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: "Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan".

 

✓ Bagi orang-orang yang beriman kedatangan bulan Rejab membayangkan bahawa Bulan Ramadan sudah dekat.

✓ Dari Ka'ab bin Ujrah ia berkata, "Rasulullah SAW pernah keluar atau masuk menemui kami, ketika itu kami berjumlah sembilan orang. Dan di antara kami ada bantal dari kulit. Baginda lalu bersabda: "Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang berdusta dan dzalim. Barangsiapa mendatangi mereka kemudian membenarkan kebohongan mereka, atau membantu mereka dalam kezalimannya, maka ia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya. Serta ia tidak akann minum dari telagaku. Dan barangsiapa tidak membenarkan kebohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat kezaliman, maka ia adalah dari golonganku dan aku adalah dari golongannya. Dan kelak ia akan minum dari telagaku." (HR Ahmad No: 17424), Status: Hadis Sahih

✓ Didalam Islam, sesaorang pemimpin tidak sepatutnya berlaku zalim. Sesiapa yang berlaku zalim akan disiksa diakhirat kelak. Begitu juga sesiapa yang menyokong mereka.

✓ Pemimpin zalim itu seorang yang khianat. Diakhirat nanti mereka akan mendapat siksa yang dahsyat.

✓ Seorang mukmin yang berhadapan dengan pemimpin yang sedemikian hendaklah menegur kezaliman. Ingatkan mereka akan siksaan yang sedang menunggu jika mereka tidak bertaubat.

✓ Orang mukmin harus mencontohi Abu Zhar seorang sahabat yang tegas menegur akan pemimpin. Dia jujur didalam apa sahaja yang dilakukan. Begitulah sikap para sahabat.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914