Ustaz Rahmatullah 090320

Kuliah Maghrib

✓ Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Orang yang beriman juga terdedah kepada dosa. Jadi perlulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT setiap hari. Ringankan lah lidah untuk mengucapkan istighfar.

✓ Ada manusia yang selalu membuat dosa tetapi dia berubah serta bertaubat. Tetapi ada juga yang tidak mahu berubah. Tetap juga melakukan dosa. Jika seseorang mahu berubah dia hendaklah bercampur dengan orang yang berpegang kuat kepada agama.

✓ Perlu umat mukmin mengajak komunitinya untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kesalahan. Amal Makruf Nahi Mungkar.

✓ Doa Mohon Keampunan

عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Dari Abu Bakr As Siddiq radliallahu 'anhu bahwa dia berkata kepada Nabi SAW: Ajarlah aku doa yang aku boleh baca dalam solatku. Baginda menjawab: Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

(Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah aku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang)." (HR Bukhari No: 5851) Status: Sahih

✓ Sekiranya sesaorang itu selalu melakukan dosa. Perlulah dia beristighfar beberapa kali. Setiap kali dia buat kesalahan ucapkanlah istighfar. Hendaklah berazam untuk berubah.

✓ Beristighfar yang paling baik waktunya...

• Pada waktu malam


"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau,
Engkau ciptakan aku dan aku hamba-Mu,
dan aku berada dalam janji-Mu menurut kemampuanku,
aku berlinding dengan-Mu daripada kejahatan yang kulakukan,
aku sedari nikmat-Mu kepadaku,
dan aku sedari akan dosa-dosaku,
ampuni aku,
ampuni aku,
ampuni aku kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau"

(Riwayat al-Bukhari)

✓ Sesiapa yang selalu beristighfar akan dipermudahkan hajatnya.

✓ Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914