Ustaz Ibnu Hubain 130320

Kuliah Maghrib

✓ Jiran terbagi kepada tiga golongan...

• Jiran mukmin yg ada pertalian keluarga
• Jiran mukmin yg tiada pertalian keluarga
• Jiran bukan mukmin

✓ An-Nisa' 4:36

وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

✓ Takrif jiran adalah 40 buah rumah sekeliling.

✓ Perkara yang dilarang...

•  Bina tembok menghalang edaran udara
• Mencari kesalahan jiran
• Intip jiran dan cerita kepada orang lain
• Buat bising yg menggangu jiran

✓ Tidak beriman seseorang itu jika jirannya tidak merasa aman daripada perangainya.
Rasulullah SAW  dalam riwayat Muslim r.a. mengatakan bahawa:


وَفِي رِوَايَتٍ لِمُسْلِمِ : لَا يَدْ خُلُ اَلْجَنَّةَ مَنْ لَا يأمَنُ جَارُهُ ئِقَهُ


Maksudnya: Di dalam riwayat Muslim dikatakan : Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya"


✓ Jiran itu merupakan orang yang rapat dengan kita. Seakan waris. Sabda Rasulullah SAW Yang bermaksud: "Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku."

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914