Ustaz Rahmatullah 020320

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang bertakwa, menangis kerana Allah SWT. Takut kepada NYA. Rindu kepada NYA. Rasa bersalah kerana lalai, jadi takut akan kemurkaan NYA.

✓ Apabila sesaorang yang beriman melakukan dosa, dia cepat-cepat memohon ampun. Sambil menangis kerana takut kemurkaan NYA  dan mengharap keampunan NYA.

✓ Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka  dan menangis teresak-esak.

✓ Allah SWT suka sekiranya seseorang hamba bergerak kerana Allah SWT. Setiap langkahnya dibalas dengan pahala.

✓ Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah SWT  hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) akan kembali ke tempat asalnya." (HR. at-Tirmidzi).

✓ Orang yang mendapat naungan Allah SWT akhirat kelak adalah ...
• seorang pemimpin yang adil.
• pemuda yang sentiasa taat kepada NYA.
• sesaorang yang hatinya terpaut dimesjid
• bersama kerana keredhaan NYA
• lelaki yang tidak melakukan zina kerana takut kepada Allah SWT
• bersedekah secara senyap
• orang yang menyendiri kerana Allah SWT hingga berlinang air matanya

✓ Rasulullah SAW meminta sahabat membaca Al Quran. Ibnu Mas'ud membacanya. Berlinangan air mata Baginda kerana mengingati akan hari akhirat nanti.

✓ Didalam solat para sahabat melihat Baginda SAW menangis didalam solatnya.
Begitu juga para sahabat...

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914