Ustaz Shamsuddin 080320

Kuliah Subuh

✓ Apabila seseorang yang beriman berdoa. Allah SWT mendengar akan permohonan doanya. Maka doa itu dimakbulkan, Insyaallah.

✓ Adakah kemakbulan doa tersebut kerana hamba itu berdoa?

✓ Pada hakikatnya, sama ada kita doa atau pun tidak Allah SWT tetap akan memberikan pertolongan NYA kepada kita. Itu ketetapan NYA.

✓ Jadi kenapa berdoa? Seorang hamba apabila dia berdoa kerana itu menunjukkan kerendahan nya dihadapan Allah SWT. Kerana dia merasakan dirinya seorang hamba. Dan dia juga sedar akan banyaknya Inayah Allah SWT kepada seluruh hamba hamba NYA. Tidak mampu untuk hamba hamba NYA menghitung rahmat NYA.

✓ Orang yang beriman yakin segala inayah (pertolongan) Allah SWT telah pun ditulis di Lauh mahfuz sejak azali lagi.

✓ Sebelum seseorang itu memohon kepada Allah SWT segala permintaannya telah pun diketahui NYA. Itulah kuasa NYA. Apa yang dikehendaki Allah SWT itu tetap akan terjadi.

✓ Allah SWT itu maha sempurna. Apa sahaja yang berlaku didalam alam kejadianNYA sudah ditentukan. Qada' dan Qadar NYA pasti terjadi.

✓ Sebagai seorang yang beriman walaupun kita tahu kejadian yang berlaku keatas diri kita kerana ketentuan Illahi, berusaha dan memohon kepada NYA hendaklah dilakukan. Sebagai hamba memohon itu sebagai perbuatan yang menunjukkan diri sebagai seorang hamba yang hina dihadapan Tuhan yang menjadikannya. Sebagai hamba yang patuh akan perintahNYA. Takut kepada NYA. Mengharap kerahmatan NYA.

✓ Inayah Allah SWT keatas hamba NYA tidak ada alasan. Pada hakikatnya segala pertolongan yang dinikmati seorang hamba bukan kerana doanya. Kejadian yang terjadi itu adalah kerana ketetapan NYA.

✓ Kewajipan kepada seorang hamba yang disyariatkan kepada nya untuk berusaha dan memohon pertolongan kepada NYA. Apa sahaja diperintahkan hendaklah diusahakan serta dijalankan dengan penuh kesungguhan. Itu merupakan tanggungjawab seorang hamba, seorang mukmin. Orang yang beriman tahu dia dijadikan oleh Allah SWT semata-mata untuk menyembah NYA. Mengikut segala perintah dan larangan. Dan dia juga tahu apa sahaja yang terjadi dan akan terjadi adalah dengan kehendak NYA.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914