Ustaz Firdaus 140320

Kuliah Subuh

✓ Kemenangan orang mukmin dipeperangan Badar membawa kesan kepada beberapa puak.
• Orang kafir Mekah
• Orang Yahudi
• Orang munafik
• Orang Arab Badawi

✓ Al-Ma'idah 5:82

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

✓ Orang musyrikin Mekah merasa malu akan kekalahan didalam peperangan Badar. Sebagai tentera yang besar dan cukup kelengkapan perang kalah dengan tentera mukminin yang kecil jumlahnya.

✓ Orang Yahudi yang tinggal disekitar kawasan bandar Madinah merasa terancam. Takut sekiranya perniagaan mereka terancam.

✓ Seorang Yahudi bernama Ka'ab bin Ashraf, yang kuat pengaruhnya. Dia seorang penyair. Memang anti Islam. Suka menaikan semangat musyrikin untuk memerangi orang mukminin. Rasulullah SAW memerintah orang mukmin memerangi Ka'ab. Akhirnya orang mukmin berjaya membunuh nya.

✓ Baginda SAW telah membunuh seorang lelaki musyrik yang bernama Ubai bin Khalaf dalam peperangan Uhud setelah Ubai mencari-cari baginda untuk membunuh baginda, sambil dia berkata:  "Aku tidak akan terlepas bebas jika dia (Muhammad SAW) bebas." Baginda membunuhnya sebagai mempertahankan diri nya.

✓ Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914