Ustaz Abdul Halim 260720

Kuliah Subuh

• Seseorang yang beriman dan menghambakan diri kepada Allah SWT perlulah memperbanyakkan puji pujian kepada NYA.

• Sebagai seorang hamba maka kita patuh kepada Allah SWT. Segala hukumnya wajib dipatuhi. Takut akan kemurkaan NYA.

• Memperbanyakkan ibadah kepada NYA. Gunakan segala anggota yang dianugerahkan untuk melakukan amal kebajikan sebanyak yang mungkin akan segala suruhan NYA.

• Allah SWT menjadikan segala apa didunia ini untuk dijadikan sebagai kegunaan bagi manusia. Diturunkan hujan serta segala tumbuhan untuk manusia. Binatang ternak untuk berbagai kegunaan.

• Dijadikan malam dan siang sebagai RahmatNYA kepada manusia. Siang untuk manusia menjalankan aktiviti mencari rezeki. Malam untuk manusia beringat dan memperbanyakkan amal ibadat kepada NYA.

• Diberikan kenikmatan hidup kepada manusia. Mereka berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Bergaul suami dan isteri. Merasakan perasaan kasih sayang.

• Walaubagaimanapun hidup didunia ini adalah kehidupan sementara sahaja. Kehidupan diakhirat adalah kehidupan yang kekal dan sempurna. Nikmat kehidupan diakhirat jauh lebih baik daripada kenikmatan dunia.

• Dengan Rahmat Allah SWT manusia hidup didunia ini dengan penuh sejahtera. Maka perlulah manusia sebagai seorang hamba hendaklah dia beribadat serta patuh akan segala kewajipan dan larangan NYA. Perlulah manusia bertaqwa kepada NYA. Setiap orang diakhir hidupnya ia pasti mati serta  kembali kepada Maha Pencipta nya.

• Jadi semasa hidup seseorang manusia dia hendaklah berpandu kepada pertunjuk Allah SWT. Dan hendaklah dia bersabar dan bersyukur akan segala  ujian dan nikmat anugerah Allah SWT. Tidaklah dijadikan manusia dengan sia sia sahaja. Tentulah ada sebabnya.

• Manusia ini dijadikan Allah SWT untuk menyembahnya. Patuh akan segala kewajipan dan larangan NYA.

Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914