Ustaz Fauzi 040729

Kuliah Subuh Masjid Ubudiyyah

• Ada orang yang banyak ilmu tetapi jauh daripada Allah SWT

• Mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengannya

• Imam Al Ghazali menyatakan bahawa permulaan hidayah itu adalah taqwa.

• Untuk mendapat hidayah itu hendaklah seseorang itu takut kepada Allah SWT.

• Menjunjung segala perintah Allah SWT, menjauhi segala larangan NYA. Taat zahir dan batin.

• Taat zahir adalah mendirikan segala rukun Islam.

• Taat batin adalah segala amalan yang terpuji. Seperti...
     • ikhlas,
     • tawadhu,
     • nasihat,
     • zuhud,
     • sabar,
     • lemah-lembut,
     • tawakal.
    
• Jauhi daripada maksiat zahir. Seperti...
    • zina,
    • mencuri,
    • membunuh,
    • segala sifat mazmumah.
   
• Jauhi daripada maksiat batin. Seperti...
    • riya',
    • ujub,
    • takabbur, dan sebagainya
   
• Perlulah seorang yang beriman mengamalkan ilmu yang dipelajari.

• Ahli sunnah Waljamaah akidahnya yakin bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT.
    • Maha esa,
    • Tiada sekutu,
    • Tunggal,
    • Samad,
    • Tiada siapa yang menyerupai Nya,
    • Sedia ada,
    • Tiada permulaan
    • Kekal abadi
    • Tiada kesudahan
    • Maha mendengar dan melihat
    • Tidak berjisim dan tidak menyerupai dengan apa yang lain
    • Tiada bertempat

• Manusia dijadikan Allah SWT untuk menyembahnya. Menghambakan diri kepada Nya. Serta untuk memakmurkan alam ini.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914