Ustaz Jefri 180720

Kuliah Maghrib

• Dakwah Islamiah memerlukan strategi yang disusun rapi. Mengambil iktibar daripada sunnah Baginda Rasulullah SAW.

• Tindakan yang dilakukan janganlah secara mengejut. Hendaklah dijalankan sedikit-sedikit berterusan hingga berjaya.

• Menjalankan dakwah hendaklah ditekankan gerak kerja. Fokus kepada hasil. Jangan banyak bercakap tetapi tiada hasil. Seperti tin kosong, bising sahaja tanpa hasil.

• Contoh pendakwah sekarang ini yang harus dicontohi adalah Ustaz Albit Liew. Tindakannya memfokuskan kepada hasil. Menolong orang yang didalam kesusahan. Disamping itu dia mengerjakan kerja kerja mendekatkan masyarakat kepada Allah SWT.

• Siasah nafas panjang. Ertinya melakukan usaha yang mendatangkan manfaat kepada wadah perjuangan Islam berpanjangan. 'Long term focus'...

• Menyebarkan Islam kepada umat yang jahil memerlukan sikap bersabar dan dapat bertahan menghadapi ujian secara bertahun-tahun. Ambillah contoh Nabi Yusuf AS.

• Rasulullah SAW menunjukkan kemarahannya wajahnya kepada para sahabat yang tidak bersabar menghadapi ujian.

• Al-'Ankabut 29:2

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

get Quran App:bit.ly/AlQuranApp

#GreentechApps

• Setiap orang yang beriman pasti diuji. Orang miskin diuji. Orang kaya diuji. Ujian itu dikenakan mengikut tahap-tahap keimanan seseorang itu. Ujian yang paling hebat adalah Rasul dan Nabi.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914