Ustaz Azman 190720

Kuliah Subuh

• Orang Islam didalam hidupnya perlu melakukan ibadah yang ditetapkan oleh syariat.

• Ibadah itu perlulah dilakukan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

• Ada sahabat yang diberitahu kepada Baginda Rasulullah SAW bahawa dia berpuasa setiap hari dan sembahyang malam sepanjang malam. Baginda melarang sahabat itu jangan berlebihan.

• Diwaktu malam, perlulah tidur. Dan bangunlah bersolat malam. Kerana badan fizikal ada hak nya untuk rehat.

• Begitu juga dengan harta benda. Janganlah berbelanja secara berlebih-lebihan. Kerana harta kita itu bukan milik yang mutlak. Kita adalah pemegang amanah sahaja. Allah SWT akan mempersoalkan kita akan bagaimana harta itu digunakan. Sebagai seorang mukmin perlulah hidup ini berpandukan syariat agama.

• Seorang yang mengimani solat berjemaah perlulah mengambil perhatian akan keadaan makmum. Ada yang sakit. Ada yang tua. Ada yang membawa anak-anak kecil. Janganlah membaca didalam solat terlalu panjang.

• Didalam melakukan ibadat, Islam telah meletakkan garis panduan. Ikutlah beribadah cara sunnah Baginda. Serta garis panduan para ulama'.

• Orang yang Soleh menunaikan hak Allah SWT dan hak makhluk.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914