Ustaz Shamsuddin 180720

Kuliah Subuh

• Allah SWT menentukan segalanya apa yang terjadi. Bagi orang yang beriman akan menyandarkan dirinya kepada apa sahaja yang ditentukan.

• Bukan lah bagi orang yang beriman meminta Allah SWT menentukan apa sahaja kejadian mengikut kehendak kita manusia. Orang yang tidak beriman mereka mengharap kepada NYA bersandarkan apa yang terjadi kepada kehendak manusia.

• Kehendak Allah SWT itu sudah ditentukan sejak azali lagi. Maka bagi orang yang beriman mereka berusaha tetapi kesudahan usaha itu disandarkan kepada apa yang ditentukan Allah SWT. Bagi orang yang kafir mereka berusaha dan mengharap kesudahan itu mengikut kehendak mereka. Jika kesudahan itu tidak menetapi harapan mereka maka disalahkan kepada Allah SWT.

• Surah Hud ayat:107. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

• Al Shatibi menyatakan manusia terbagi kepada beberapa golongan.
1. Yang berusaha dan apa sahaja kesudahannya dikembalikan kepada Allah SWT.
2. Yang berusaha dan apa sahaja kesudahannya diyakini bahawa apa sahaja yang terjadi ditentukan Allah SWT adalah baik baginya. Tentu ada rahsia disebaliknya.
3. Yang berusaha dengan bersungguh- sungguh mengikut acuan syariat. Usaha tetap diteruskan tanpa dirisaukan akan kesudahannya.
4. Yang berusaha sebagai seorang hamba. Apa sahaja yang diperintahkan dilakukan sebaik yang mungkin. Selalu bersikap tenang akan segala kesudahan yang terjadi. Dia yakin baik buruk sesuatu kesudahan telah ditentukan Allah SWT. Sentiasa bersandarkan akan kehendak NYA. Beriman yang apa sahaja yang terjadi adalah kehendak Allah SWT.

• Orang yang beriman dia berusaha mengikut hukum syariat. Hasilnya bukan bergantung kepada usaha itu tetapi dia yakin itu adalah atas kehendak Allah SWT.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914